Melawat uncle Jedi di Hospital Az-Zahrah

Pagi ni kami ke Hospital Az-Zahrah, melawat kawan Master yang baru selesai pembedahan tulang belakang.

Pembedahan itu adalah untuk buang cakera tulang belakang beliau yang telah pecah dan menekan saraf tulang belakangnya.

Pada mulanya beliau memang ada sedikit masalah tulang belakang, jadi beliau solat tarawikh gunakan kerusi. Entah bagaimana pada suatu hari ada budak lelaki yang tarik kerusi tu semasa beliau sedang solat tarawikh sehingga jatuh terduduk beliau dibuatnya.

Moga ibu bapa lebih mengawal anak-anak mereka di Masjid atau surau mana tahu kes sebegini terjadi lagi.

Alhamdulillah, uncle tu nampak okay dan dah boleh berjalan. Rasa macam kagum pula sebab baru lepas bedah dah boleh jalan dalam sehari sedangkan sebelum ni begitu seksa beliau berjalan.

Uncle tu turut memberi beberapa tips penjagaan tulang belakang kepada Master kerana Master turut mengalami lenguh tulang belakang dek pemanduan yang lama setiap hari.

Singgah di Kedai Yummie

gambar suasana orang menyerbu kedai bahan kek Yummie di Bandar Baru Bangi.
Ramai orang berpusu-pusu di Kedai Yummie ni untuk beli bahan buat kek. Mummy pula mencari emping jagung, macam biasalah nak buat corn flake madu. # Saturday, 2 July 2016, 13:57 # 1467439061109.jpg # 20160702 # Telefon pintar HUAWEI H30-U10 # Persiaran Kemajuan, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor # https://goo.gl/maps/ekC6Uo5XBgJtoKNs8 #

Selepas selesai melawat kawan Master, kami  ke kedai pembekal bahan bakery iaitu kedai Yummie yang terletak bersebelahan blok di mana Hospital Az-Zahrah berada.

Mummy nak beli emping jagung yang belum dapat dibeli kerana kehabisan stok di kedai-kedai yang beliau pergi.

Ramai betul yang serbu kedai ni, dahsyat betul orang Bangi, mana-mana kedai mereka serbu. Ini menunjukkan Bangi adalah tempat berniaga yang strategik, tapi perkhidmatan tu kenalah mesra pelanggan barulah orang ramai serbu.


Karangan ini pertama kali diterbitkan pada 20160702. Dikemaskini pada 20200528 untuk baiki masalah prestasi.