Besok ada larian jadi Tedi akan berusaha untuk lelapkan mata pada ketika ini juga. Tapi sebelum tu kenalah buat catatan baru dalam interpretZZ.

Hari ini sepanjang hari kami berada di IKEA Cheras yang terletak di Jalan Cochrane yang telah menyebabkan kami sesat barat di sana. Perjalanan dari Sepang ke IKEA Cheras tak sampai sejam jika tiada kesesakan lalu lintas.

apabila seat belakang dilipat Subaru XV boleh memuatkan item sehingga 160-cm sahaja
Gambar kereta Subaru XV STI berwarna oren yang selalu kelihatan di Malaysia.

Ketika kami sampai di sana sudah ramai manusia beratur untuk dapatkan sarapan percuma yang ditawarkan. Memandangkan kami tiada ketabahan untuk beratur menanti makanan, kami keluar berjalan kaki melintasi jalan ke kedai makan di seberang IKEA Cheras.

Hajat Mommy ajak kami ke IKEA Cheras di antaranya adalah untuk beli sebuah katil, namun tidak dapat kami beli kerana panjangnya 201 sentimeter sedangkan Subaru XV cuma boleh memuatkan barang sepanjang 160 sentimeter apabila dibaringkan tempat duduk belakang (rear seat).

Tempat duduk penumpang hadapan Subaru XV pula tidak dapat dilipat ke depan kerana ia tersekat. Boleh saja jika kami baringkan tempat duduk penumpang depan tu tapi takut jahanam pula leather seat tu.. hehe...

insya-Allah kami akan datang semula untuk mendapatkan katil itu kerana selepas kami periksa didapati cuma side beam katil tu je yang panjang 200 sentimeter manakala item lain cuma 150 sentimeter.

Tapi tadi barang dah penuh dengan drawer baju Mommy dan barang-barang kecil dan tidak berapa kecil yang dikirim oleh kawan-kawan dan sanak-saudara.

Apabila memikirkan perihal seat depan Subaru XV ni agak tension juga, jadi kepada kekawan yang mahukan kereta baru yang boleh sumbat macam-macam, Subaru XV mungkin tidak sesuai buat anda, bolehlah sasarkan Honda HRV. Mazda CX5 tiada pula Tedi pasti sama ada seat hadapannya boleh dilipat ke depan untuk menyediakan ruang meletak barang panjang atau tidak.

Kekawan bolehlah cuba semasa pandu uji.

Tadi dalam Summoners War baru je Tedi berjaya dapatkan Konamiya dan Fynn untuk fusion. Mereka akan jadi pasukan backup Tedi.

Okay la, Tedi tidur dulu.

20160717