Maklumat peribadi 150,000 pengguna dan 7,000,000 mesej peribadi di antara ahli Muslim Match dilaporkan telah dikirim ke dalam internet setelah laman temujanji (dating)  itu didakwa telah digodam (hack).

gambar ejen carian jodoh online untuk muslimin muslimah

Laman web Muslim Match mengeluarkan kenyataan yang berbunyi,  "Kami telah dimaklumkan mengenai dakwaan kebocoran keselamatan dan kami sedang memeriksa sistem kami di samping memperbaiki keadaan dan mengetatkan tahap keselamatan sistem kami".

Di antara maklumat yang dibocorkan saperti yang ditemui oleh penyelidik keselamatan Tory Hunt ialah nama, alamat email, majikan, status perkahwinan, status muallaf, pengawal Skype, dan lokasi.

Syarikat pengelola laman carian jodoh tersebut memaklumkan bahawa operasi laman web itu akan ditutup sehingga bulan puasa (Ramadhan).

Tidak dapat dipastikan bagaimana laman tersebut telah digodam, tetapi berdasarkan kepada kelemahan tahap keselamatan laman web temujanji tersebut, punca kebocoran maklumat itu mungkin disebabkan oleh suntikan SQL.

Tahap keselamatan laman web tidak menjadi fokus utama oleh pemilik laman-laman temujanji atas talian.

 

Download aplikasi Muslim Pro
 
Download azan