Kamera digital pertama dunia dicipta pada tahun 1975.

Ia hanya mampu ambil gambar dengan resolusi 0.01 megapiksel berwarna hitam putih.

Kamera itu mengambil masa selama 23 saat untuk menangkap 1 gambar yang kemudiannya disimpan ke dalam pita magnetik.

Berat kamera digital pertama dunia itu adalah 4 kilogram.

Ia dibina oleh jurutera Kodak bernama Steven Sasson dengan menggunakan barang-barang buangan daripada barisan pembuatan syarikat itu.

Jenuh kalau nak bawa kamera seberat begitu ke sana ke mari, kan?

Agak mengkagumkan juga kamera digital pada zaman sekarang boleh dibawa di dalam poket.

20160707