17 jam perjalanan dalam kesesakan rakyat pulang ke kota

Alhamdulillah, jam 12:00 tadi rombongan Tok Ayah dan Pak Ngah Shah selamat tiba di Felda Sungai Lui di Negeri Sembilan setelah menempuh perjalanan selama 17 jam dari Kampung Delima di Wakaf Bharu.

Mereka menggunakan laluan Tendong - Mulong - Machang - Kuala Krai - Kuala Lipis - Simpang Pelangai - Kemayan - Felda Sungai Lui.

Perjalanan bermula pada jam 5.00 petang Sabtu (20160709) sebelum mereka tersangkut di Machang selama 3 jam.

Pada jam 11.00 malam mereka baru sampai ke Kuala Krai tapi kemudian mereka sangkut pula di Kuala Krai selama 8 jam.

Pada jam 4.30 pagi Ahad baru mereka sampai di Gua Musang.

Kawan Mommy yang bergerak pada waktu yang sama iaitu sebelum Subuh hari Ahad turut tersekat dalam kesesakan jalan raya di Machang.

 


Kerajaan Kelantan perlu bina lebuhraya, jambatan, dan lorong memotong

Nampaknya rakyat Kelantan kena cari taktik lain untuk pergerakan keluar masuk Kelantan semasa raya. Kerajaan negeri Kelantan pula wajib bina lebuhraya merentangi negeri Kelantan.

Jambatan-jambatan baru juga perlu dibina menyeberangi sungai-sungai yang agak lebar di Kelantan. Apabila banyak jambatan barulah liputan jalan-jalan alternatif boleh digunakan oleh rakyat Kelantan.

Walaupun sekarang ada banyak jalan dalam boleh digunakan tapi kebanyakannya akan bertemu di beberapa jambatan yang sama menyebabkan kesesakan berlaku di jambatan tersebut sekaligus memadam faedah penggunaan jalan alternatif.

Ada beberapa rakyat Kelantan pula mencadangkan bahawa kerajaan Kelantan patut berlembut dalam penyambungan LPT sehingga ke Kelantan dengan bersetuju mengenakan tol. Tedi bersetuju dengan mereka kerana lebuhraya itu sebagai alternatif, jika rakyat tak mahu gunakan maka mereka boleh elakkan gunakan lebuhraya tapi pada masa yang sama kerajaan negeri perlu pelihara jalan negeri agar dapat digunakan dengan selesa dan rakyat tidak terpaksa bayar tol seperti yang berlaku di beberapa negeri.

Sumber tol pula boleh digunakan untuk pembangunan negeri. Jika kerajaan negeri rasa tol membebankan, mereka boleh sahaja potong kutipan tol untuk bahagian mereka, kerana mungkin hasil tol dikongsi oleh penyedia tol dan tuan tanah mengikut peratusan yang dipersetujui.

Bagi jalan negeri yang tidak boleh dibesarkan pula cukuplah kalau ditambah lorong-lorong memotong supaya senang kenderaan yang laju memintas yang perlahan. Jika dapat diperbesarkan, alhamdulillah.

Mungkin cadangan Tedi ni sukar dilaksanakan, tetapi itulah yang perlu dilakukan oleh kerajaan negeri Kelantan jika mereka mahu populariti mereka tidak terkubur. Alasan demi alasan lama-lama akan sebabkan rakyat jemu. Tambahan pula pembinaan jalan yang baik akan membantu kemasukan pelaburan ke dalam negeri.

Tengok sahaja bagaimana Gambang mula naik selepas kewujudan Lebuhraya Pantai Timur.

20160710, Wakaf Bharu


Mummy dan kawan-kawan

Apa kena-mengena gambar di bawah ini dengan cerita di atas? Tiada kena-mengena cuma pada 20160710 Mummy merakam gambar lama beliau dan kawan-kawan ketika di asrama semasa belajar dulu.

Mummy merakam gambar lama ketika beliau belajar dulu
# Sunday, 10 July 2016, 21:22 # DSC_4305 # Sony D2533 #