Burrp..  Alhamdulillah...

Kekenyangan Tedi dibuatnya setelah menelan Buah Melaka, Bubur Tepung,  dan Badak Berendam.

Itu baru Badak Berendam tu,  belum lagi Tedi telan Paus Biru atau Gajah Putih.

Tadi sebelum sampai ke Sungai Lui kami singgah di Masjid Kariah Felda Lui Barat untuk menunaikan solat Asar.

gambar budak sekolah skodeng rakam gambar guru wanita di tandas sekolah

Sebelumnya kami gerak dari rumah Mak Lang Yan dalam jam 2 petang untuk ambil kain baju untuk dibawa pulang ke Tok Mak. Sebelum tiba ke rumah Mak Lang Yan pula kami jemput Sakinah tapi usaha itu menemui kegagalan kerana Sakinah tidak mahu mengikuti kami pulang ke Sungai Lui.

Cukup dengan flashback,  kita kembali semula ke Masjid Kariah Felda Lui Barat ini.  Tatkala sampai di masjid itu,  Mommy nak gunakan tandas. Tandas wanita punyalah jauh ke belakang dan agak terasing dari bangunan utama masjid.

Mommy pun bertanyalah: "Kenapa tandas wanita di masjid selalunya di belakang,  lengkap dengan pakej bilik urus jenazah,  atau van jenazah? "

Tedi pun tak boleh nak jawab dengan konkrit,  tapi ada spekulasi yang boleh Tedi pertaruhkan.

Jemaah di masjid selalunya adalah lelaki jadi semasa dalam proses pembesaran masjid adakalanya tandas yang pada mulanya terletak pada bangunan yang sama mungkin terpaksa dipisahkan dan tandas wanita terkebelakang kerana ketiadaan ruang yang sesuai. Ini tidak terjadi kepada masjid yang dibina secara moden dan besar.

Jemaah wanita pula jarang kelihatan di masjid kecuali jika masjid itu terletak di jalan sibuk di mana ramai yang berhenti untuk menunaikan solat semasa dalam musafir. Jadi kemudahan untuk mereka mungkin tidak diperhatikan dan nampaknya ia adalah satu tindakan yang kurang bijak.

Para nazir masjid perlulah mengambil kira hal ini semasa dalam lawatan mereka ke masjid-masjid di bawah jagaan mereka dan memberikan pandangan kepada para AJK masjid bagaimana mahu menaiktaraf masjid mereka.