Jika Kereta Kebal dengan Mudah Boleh Dimusnahkan oleh Roket Anti Kereta Kebal, Kenapa Ia Masih Digunakan Selepas Perang Dunia Ke-2?

Selalu Tedi tonton dalam filem perang seperti filem lama Rambo, si hero boleh memusnahkan kereta kebal dengan menggunakan senjata anti kereta kebal yang ringan dan mudah dibawa semasa dalam perperangan.

Benarkah sebuah kereta kebal dengan mudah boleh dimusnahkan oleh senjata itu? Jadi apa akan berlaku semasa kereta kebal Malaysia terkial-kial mendaki bukit-bukau di dalam hutan? Bukankah dengan mudah musuh yang hanya berjalan kaki boleh memusnahkannya menggunakan roket anti kereta kebal?

Pertama, saya percaya anda terlalu percaya bahawa sebuah kereta kebal amat lemah apabila diserang oleh roket anti kereta kebal.

Saya pernah mendengar seorang anggota kereta kebal mendakwa bahawa mereka telah dilatih agar tidak takut dengan roket anti kereta kebal. Memandangkan saya tidak pernah menembak menggunakan apa-apa senjata, saya percaya dengan kata-katanya iaitu roket anti kereta kebal bukanlah senjata paking tepat di muka bumi.

Walau setepat mana pun roket anti kereta kebal, tidak semestinya mereka boleh memusnahkan sebuah kereta kebal hanya degan satu tembakan.

Pada zaman moden menggunakan senjata yang lebih tepat dan boleh memusnahkan sebuah kereta kebal dengan satu tembakan seperti bazooka pun, mereka perlu melaksanakannya di kawasan yang sesuai untuk menyerang hendap sebuah kereta kebal.

Hakikatnya kereta kebal takkan bergerak sendirian di kawasan sebegitu, kereta kebal akan dilindungi oleh pasukan tentera darat dan juga tentera udara! Kedua-dua unit sokongan darat dan udara ini akan memberi perlindungan kepada kereta kebal semasa kereta kebal melaksanakan tugasnya.

 

Jawapan oleh: Sean Patrick Maiorca