Kuliah oleh USTAZ FAKHURRAZI berkenaan ibadah yang patut diutamakan dalam bulan Ramadhan.

Seperti biasa Tedi catit mana yang sempat sahaja.

1 - SolatFardhu

Apabila tidak menunaikan solat fardhu, kebajikan yang lain tak diterima termasuklah puasa.

Tunaikan solat berjemaah pada awal waktu kerana dalam al-Quran diceritakan ada neraka Wail disediakan bagi mereka yang menunaikan solat tapi tak khusyu dan lalai.

Solat yang dilakukan pada lewat waktu adalah diterima tapi di dalam kemurkaan Allah

2 - Sedeqah wajib iaitu zakat dan nafkah.

ada dosa yang tidak dapat dihapuskan oleh puasa dan solat, tapi boleh dihapuskan oleh bersusah-payah dalam mencari nafkah
  • Zakat ada dua iaitu zakat harta dan zakat fitrah.
  • Perintah solat selalu diiringi dengan perintah zakat.
  • Perempuan boleh bayar zakat fitrah.
  • Syarat wajib zakat:
    • Islam,
    • merdeka,
    • harta sempurna milik,
    • cukup haul (setahun),
    • cukup nisab (nilai 85g emas setahun).

Zakat afdhal bayar dulu kepada ahli keluarga yang bukan tanggungan tapi dibahagikan kepada 3 pihak atau asnaf.

Nafkah suami kepada ibu bapa, dan anak isteri.

Nafkah anak lelaki kepada kedua ibu-bapa lebih utama daripada nafkah kepada isteri. Termasuk juga kepada keluarga mertua.

Nafkah:

  • kediaman yang munasabah,
  • pakaian yang menutup aurat,
  • makan minum yang halal dan baik.

Puasa Tingkatkan kualiti solat.

Setiap hari orang perempuan puasa dapat pakaiañ emas perak 70000 helai di akhirat. 70000 katil daripada manikam bertatah mutiara. 70000 pengasuh. 70000 ribu hidangan dalam pinggan mangkuk emas.

Namun kebahagiaan terbesar bagi orang berpuasa ialah semasa berbuka dan dapat melihat Tuhannya.

Hanya 2 penghuni syurga dpt melihat Allah iaitu penghuni syurga Firdaus dan org berpuasa.

Sessi Soal dan Jawab

S: Bagaimana nak dapatkan pahala khusyu?

Diukur melalui usaha kita. Sebelum solat hadir perasaan takut dan harap kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Wallahu'alam. Jika ada kesilapan dalam catatan itu adalah kelemahan diri Tedi.