Newcastle United masih berharap memperolehi sekurang-kurangnya seorang pemain baru dalam skuad utama mereka untuk perlawanan pertama pra-musim menentang Bohemian FC di Ireland nanti.

Gambar pengurus kelab Newcastle United, Rafael Benitez

Rafa Benitez telah menjelaskan dua posisi yang ingin diisi pada musim panas ini dan beberapa orang pemain baru dijangka akan dibawa masuk menjelang permulaan musim baru Championship.

Benites mahukan seorang penyerang berpengalaman dan seorang pemain yang boleh memimpin pasukan untuk dibawa masuk ke dalam skuad utama.

“Kami telah bersedia untuk 3 atau 4 perkara"

“Cuma kami perlu mulakan dengan yang pertama, dan kemudian kedua dan ketiga, yang mana saya fikir boleh diselesaikan dalam masa seminggu."

“Kepada para penyokong Newcastle United, kami sedang bekerja keras. Ia tidak mudah kerana harga pasaran sungguh tinggi tapi kita dalam keadaan baik-baik sahaja."

“Jika kami boleh mula berurusniaga, kami telah persiapkan 2 atau tiga perkara. Apabila saya katakan ia hampir sedia, bermakna ia benar-benar hampir terlaksana."

“Tetapi kami masih menanti pihak yang bekerja di sebelah sana dan dia perlu kembali untuk menandatangani perjanjian.”

Newcastle United juga tidak tertekan untuk menjual barisan pemain mereka seperti Fabricio Coloccini, Gini Wijnaldum dan Moussa Sissoko - walaupun ketiga-tiga mereka sudah menghebahkan kesediaan mereka untuk tinggalkan kelab.