بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


 

Berfikiran negatif adalah satu hal yang nyata membawa kesan dalam kehidupan kita.

Master juga pernah negatif sebelum ini apabila mendapati bahawa bonus yang diperolehi adalah tidak seperti apa yang dijangkakan dan digembar-gemburkan.

Master terlupa agaknya bahawa rezeki itu adalah ketentuan Allah subhanahu wa taala. Bukan manusia bergelar bos atau pengurus yang menentukan rezeki para pekerja. Bukan juga manusia yang memegang jawatan di jabatan sumber manusia yang menentukan rezeki manusia.

Master terlupa agaknya bahawa bonus yang banyak itu adalah rezeki, dan bonus yang sedikit itu adalah rezeki juga.

Mengimbau kembali pada permulaan kembara Master di atas bahtera pekerjaannya itu, dia mempunyai satu tujuan yang jitu, iaitu untuk membantu manusia di luar sana yang bernama pelanggan. Master pernah bercita-cita tidak mahu pelanggannya berdukacita atau menanggung kerugian kerana kelemahan pada produk yang ditawarkan oleh syarikatnya.

Master pernah berkata bahawa dia adalah pelanggan dan kreativiti dan inovasi yang diterjemahkannya adalah untuk pelanggan juga. "Daripada pelanggan untuk pelanggan", konon cogankatanya pada masa itu.

Master kembali mendapatkan semangatnya, semoga nawaitunya bekerja kembali kerana Allah subhanahu wa taala, semoga mendapat Redha-Nya dan juga ada keberkatan dalam rezeki yang disalurkannya, moga tehindar daripada perkara yang haram dan syubhat.

Semoga Master kembali sedar bahawa kejayaannya hanya melalui keizinan Allah, dan setiap buah fikiran dan cadangan yang kononnya bijak terhasil daripada dirinya sebenarnya adalah daripada ilmu Allah subhanahu wa taala yang hanya dipinjamkan kepada Master.

Bersemangatlah Master, cubalah untuk jadi insan berjaya supaya tidak menjadi asbab agama Islam dihina. Sesungguhnya Islam itu bukanlah pada teori dan ilmu semata-mata tapi juga pada amali atau praktis dalam kehidupan di dunia.

Janganlah Master mengukur kejayaan diri melalui berapa jumlah gaji atau bonus yang diterima tetapi ukurlah melalui kepuasan yang dicapai dalam melaksanakan sesuatu tugasan.

Ya, mungkin hidup ini punya tekanan apatah lagi pada zaman Najib yang serba mencabar ini, namun lihatlah ke bawah dan sekeliling, perhatikan mereka yang lebih menderita hidupnya.

Kita seringkali melihat kepada material dalam menyukat kejayaan dan kebahagiaan hidup manusia tapi lupa bahawa kekayaan rohani adalah lebih hakiki dan utama.

Tabah dan usaha, bagaikan hidup ini selamanya. Berdoa dan bertawakkal kerana hidup kita semua ketentuan-Nya.

Apabila berserah dan bertawakkal kepada Allah subhanahu wa taala, hidup kita takkan kecewa apabila derita, takkan lupa diri apabila berjaya.

Insha-Allah.


Gambar babak dalam drama Dia Semanis Honey lakonan Siti Nordiana. # Thursday, 26 May 2016, 22:47 # 1464274019913.jpg # HUAWEI H30-U10 #
Gambar babak dalam drama Dia Semanis Honey lakonan Siti Nordiana. Baca komen Tedi tentang drama ini dalam Dia Semanis Honey episod finale. # Thursday, 26 May 2016, 22:47 # 1464274019913.jpg # HUAWEI H30-U10 #

~20160526~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih