Laju la pula line Celcom ni

Baru je tadi Tedi kutuk line Celcom First 38 di AEON Mall Kota Bharu, tapi bila masuk je Tesco Kota Bharu ni berdesup perginya sekaligus mempercepatkan lagi kadar jari-jemari Tedi yang runcing dan lembut lemah gemalai ini menaip hal merapu.

Nampaknya memang masalah Celcom tu di kawasan AEON Mall Kota Bharu sahajalah...

Agak tak boleh diterima akal juga beza berapa blok bangunan je pun. Nampaknya AEON Mall Kota Bharu wajib minta Celcom pasang apa-apa untuk kuatkan liputan Celcom di sana.

Merayau dalam Tesco Kota Bharu

Selepas Nagoya Textiles kami masuk dalam Teso nak cari barangan yang dipesan Tok Abah iaitu susu HL.

Nak masuk sini tak boleh bawa barangan dari luar iaitu plastik berisi barangan yang dibeli di kedai lain. Kita terpaksa menyimpan barangan itu ke dalam peti simpanan yang disediakan dengan caj 50 sen sahaja.

Jika tiada syiling boleh tukar di kaunter khidmat pelanggan yang terletak berhadapan dengan peti simpanan tersebut.

Selama Tedi berkelana di atas muka bumi ini, rasanya di sini sahaja Tedi pernah jumpa peraturan simpan barang dalam peti simpanan sebelum masuk ke pasaraya.

Tedi dah semakin kesejukan, jelas sekali Tedi bukan seekor Panda.