Komputer super yang dinamakan Deep Blue telah menewaskan juara catur dunia Garry Kasparov buat pertama dalam satu pertandingan pada 11 Mei 1997.

Markah yang diperolehinya adalah 3.5 - 2.5.

Garry Kasparov ditewaskan Deep Blue dalam pertandingan catur

Deep Blue adalah komputer super yang dihasilkan IBM dan mempunyai keupayaan untuk mengira 200 juta langkah dalam satu saat.

Kasparov yang sebelum itu telah menewaskan Deep Blue menuduh IBM melakukan tipu helah dan meminta perlawanan ulangan diadakan.

IBM bukan sahaja menolak permintaan itu, malahan mereka turut menamatkan perkhidmatan Deep Blue.