9:20 malam, TESCO Kuala Selangor.

Kami masih menunggu Mommy yang shopping, kelihatan beberapa orang dengan baju Sabak Bernam Rugby, mungkin baru balik dari latihan ragbi...

Master selalu mencari sebab kenapa beliau boleh mengantuk semasa memandu.

Namun hakikatnya Master memang cepat terlelap apabila dalam kereta kerana tiada apa untuk dilakukannya.

Hal ini berbeza dengan perangainya semasa kecil yang boleh tidak tidur apabila berada dalam kereta kerana terujanya beliau untuk melihat suasana di hadapan atau di sekitar.

Jika jadi penumpang, Master memang mudah terlelap, dan jika sebagai pemandu, Master mempunyai lebih ketahanan mungkin kerana ada aktiviti yang dilakukan.

Namun kini mungkin semua itu tiada bermakna cuma nampak papan tanda dan jalannyang seolah tiada makna dan sama rupanya.

Hakikat ini terlihat apabila selalunya Master cepat mengantuk ketika memandu pergi dan balik kerja.

Selain itu Master akan mengantuk apabila kepanasan dan kehausan. Ketika ini beliau boleh minum satu tasik air. Selain minuman, Master akan juga cari makanan yang boleh menghasilkan air liur seperti jeruk.

Nak cari minuman pun tak boleh yang manis sangat, lebih baik cari minuman isotonik. Kalau aie mineral, haus tak hilang, rasa nak kencing pula yang datang.

Selain itu mungkin keletihan di pejabat menjadi salah satu punca, dan mungkin juga Master mengantuk kerana duduk senyap tanpa aktiviti. Hal ini dapat dilihat apabila Master menghentakkan kaki apabila memandu lama.

Ada pula kajian menyatakan bahawa getaran pada frekuensi rendah menyebabkan kita menjadi lebih mengantuk semasa dalam kenderaan. Sebab itulah kanak-kanak selalu terlelap apabila dibawa menaiki kenderaan

Apa-apa pun semoga Master terus seronok memandu.

Gambar suasana promosi minggu ini di Tesco Kuala Selangor

20160527