Pagi esok jam 2.45 pagi waktu Malaysia akan menyaksikan Newcastle United melayan Manchester City.

Newcastle United menentang Manchester City jam 2.45 pagi 20 April 2016, waktu Malaysia
  • Rafael Benitez berharap fokus Manchester City akan terganggu oleh persiapan separuh akhir Champions League menentang Real Madrid.
  • Perkara yang sama juga menjadi impian semua penyokong Newcastle United apabila pasukan kesayangan mereka akan menentang pasukan di tangga ketiga Liga Perdana Inggeris itu.
  • Tambahan lagi Manchester City telah membelasah Chelsea 3-0 minggu lepas.
  • City mara ke separuh akhir Champions League untuk kali pertama, melayan kunjungan Real Madrid dalam perlawanan separuh akhir pertama yang akan berlangsung pada 26 April, dan Benitez mencadangkan bahawa para pemain City mungkin akan jimatkan tenaga mereka dan cuba elakkan kecederaan supaya mereka dapat bermain di pertandingan peringkat Eropah tersebut, sekaligus memberi peluang kepada Newcastle untuk menang.

 “Mereka adalah pemain professional dan mereka akan cuba menang tetapi Champion League akan berlegar-legar dalam minda mereka dan pastinya mereka takkan mahu terlepas peluang bermain dalam perlawanan itu akibat kecederaan. Harapnya kita akan dapat ambil kesempatan.” – Rafa Benitez.

  • Tetapi, City juga perlukan mata untuk memastikan mereka berada dalam kelompok 4 pasukan teratas liga untuk menjamin tempat dalam Champions League, dengan Arsenal berkongsi mata dengan mereka di tempat ke-4, dan Manchester United (tempat ke-5) hanya ketinggalan 4 mata dengan baki 5 perlawanan.
  • Benitez mengesahkan bahawa dia masih kehilangan Fabricio Coloccini dan juga Darryl Janmaat yang masih dibelenggu kecederaan.
  • Newcastle kini masih dalam zon penyingkiran dan perlukan 3 mata minggu ini untuk mengatasi Sunderland, dan jika bernasib baik, boleh atasi Norwich City dengan beza jaringan gol.
  • Semoga The Toon akan menghadirkan berita gembira buat Master dan Toon Army.
  • Siaran langsung di ASTRO SuperSport saluran 810 atau 831 HD. HyppTV mungkin ada, tak boleh check sebab web mereka hampeh.

20160419