Nampaknya Newcastle United masih dalam dilema kerana masih di dasar Liga Perdana Inggeris.

Malam ini Newcastle akan berkunjung ke Southampton, sepak mula pada jam 10:00 malam waktu Malaysia.

Adakah Formasi 4-3-3 Boleh Menewaskan Soton?

Pertemuan ini memang penting bagi Newcastle untuk mendapatkan mata mendekatkan jurang yang telah dibina Norwich.

Setakat ini formasi 4-5-1 dan 4-4-1-1 tampak tidak berkesan.

Masalah pertahanan amat membebankan Newcastle manakala penjaga gol Karl Darlow yang menggantikan Robbie Elliot pula baru ada 2 pengalaman bermain dalam Liga Perdana.

Nampak gaya The Mag mencadangkan sesuatu yang revolusi untuk perlawanan kali ini iaitu, jangan harapkan pertahanan yang sering bocor, tapi sandarkan kepada semua penjaring gol Newcastle.

 

formasi 4-3-3 (4-3-2-1 Attacking) The Toon untuk menewaskan formasi 4-5-1 The Saint

 

Barisan Penyerang 3 Serangkai

  • Dalam barisan penyerang, Townsend, Mitrovic dan Perez disenaraikan.
  • Mitrovic telah sumbat 8 gol, di mana 3 gol disumbat dalam 2 perlawanan terakhir.
  • Perez pula setakat ini menyumbat 9 gol.
  • Townsend pula diperlukan untuk mencipta peluang.

Barisan Tengah 3 Serangkai

  • Untuk barisan tengah Wijnaldum, Shelvey, dan De Jong dipertaruhkan.
  • Wijnaldum telah jaringkan 9 gol, jadi dia memang perlu masuk.
  • Shelvey pula memang aset yang amat berguna di bahagian tengah sebagai jeneral padang yang boleh hantar bola, pegang bola, jaringkan gol, dan juga beri arahan kepada kawan-kawan,
  • De Jong boleh menambah kepada kreativiti pasukan.

4 Pemain Pertahanan Seperti  Biasa

  • Tiada pilihan di bahagian pertahanan, jadi Sissoko, Colloccini, Mbemba, dan Janmaat terpaksa dimainkan seperti biasa,
  • Collocini kembali pulih dari kecederaan, jadi dia mungkin pilihan terbaik digandingkan dengan Mbemba berbanding Taylor dan Lascelles untuk bertahan di bahagian tengah.
  • Di pertahanan kiri, Sissoko perlu dimainkan kerana Anita tampak tak bagus di Norwich sebelum ini.
  • Di bahagian kanan, jelas Janmaat sahaja pilihan yang ada.
  • Penjaga gol masih Darlow sementara Tim Krul dan Elliot masih dibelenggu kecederaan.

Apakah Formasi 3-5-2 Masih Akan Digunakan oleh The Saint?

  • Minggu lepas semasa bertemu Leicester City, Soton gunakan taktik formasi 3-5-2 dalam usaha menahan serangan lawan.
  • Tetapi kali ini mereka bermain di gelanggang sendiri, maka mereka mungkin akan gunakan formasi 4-2-3-1 untuk menyerang.
  • Newcastle sebelum ini kalah kepada Norwich semasa menggunakan formasi 4-2-3-1, dan Rafa Benitez masih mencari formasi sesuai buat Newcastle yang membolehkan Wijnaldum bermain di bahagian tengah.

20160409