CHICAGO, Ill. – Seorang penjaga haiwan di Lincoln Park Zoo di Chicago telah digigit jari telunjuknya oleh seekor Badak Hitam Timur (Eastern black rhinoceros) pada hari Sabtu lalu, menurut kenyataan pihak zoo.

Kakitangan itu berada di ruangan Regenstein African Journey semasa satu latihan rutin ketika tragedi itu berlaku.

Beliau telah dibawa ke hospital dan dibenarkan keluar pada jam 2 petang.

 
Badak Sumbu itu tidak mengalami apa-apa kecederaan dan terus dibenarkan keluar masuk ke ruangan dalam dan luar seperti biasa.

Salah seekor daripada 4 ekor Badak Sumbu Hitam Timur di Zoo Lincoln Park.