Selepas berlari 12 kilometer minggu ni, kaki Tedi rasa macam terbakar...

Jadi bagaimanakah caranya untuk Tedi kembali pulih dan segar untuk larian seterusnya?

tips kurangkan lenguh kaki dan kesakitan kaki selepas berlari atau berjalan jauh dengan tidur sambil kaki ditinggikan.

Ada beberapa tips yang diberi oleh cikgu-cikgu Tedi seperti:

  1. Segera minum air selepas berlari agar badan terhidrat semula dengan minuman berelektrolit tinggi.
  2. Regangkan otot-otot major dan juga otot-otot yang berasa tegang. Golek dengan span pengguling jika ada otot-otot yang bermasalah. Lebih baik 25-30 minit selepas berlari dalam tempoh 10-15 minit.
  3. Makan makanan ringan dengan kadar 4 karbohidrat kepada 1 protein.
  4. Berendam dalam ais, suhu cukup sekadar ais mencair dalam 2 hingga 3 minit. Sejuk memanglah sejuk, tapi selepas tu otot akan berasa lega.
  5. Makan makanan sihat bersaiz sederhana, elakkan makanan tak sihat.
  6. Tidur dengan kaki ditinggikan ke atas untuk kurangkan tekanan darah di bahagian kaki, amat bagus untuk kaki bengkak.
  7. Dapatkan urutan.
  8. Mandi 10-15 dengan 4 cawan garam mandian Epsom dalam air panas untuk singkirkan toksin di sekitar otot. Garam Epsom boleh didapatkan di kedai-kedai ubat atau farmasi, digunakan untuk pulihkan kesakitan otot.
  9. Regangkan badan sebelum tidur.
  10. Tidur secukupnya.

27 Mac 2016