Usaha selama sejam akhirnya hancur sebegitu sahaja

berapakah kalori ayam goreng KFC? Gambar ayam goreng kulit rangup

  • Hari ini Tedi telah berjaya membakar 302 kalori melalui aktiviti jogging selama sejam, mengambil jarak larian hampir mencecah 5 kilometer.
  • Kemudian Master membawa Tedi dan Mommy ke KFC di Jalan Sultan, Petaling Jaya.
  • Tedi memesan wrapper box yang kandungi seketul ayam goreng dan beberapa ketul nugget.
  • Setelah habis makan Tedi baru teringat untuk memeriksa kalori dalam seketul ayam goreng KFC, ternyata ianya mengejutkan kerana mencecah jumlah 320 kalori.
  • Hanya kerana seketul ayam goreng dan suapan dalam masa beberapa minit, Tedi telah menghancurkan keberkesanan regim larian Tedi.
  • Macam mana nak kurus kalau macam ni?
  • Kepada kawan-kawan di luar sana, jika mahu makan ayam goreng KFC, pastikan anda berlari 5 kilometer untuk setiap ketul ayam KFC.

Yaa..Memang menjadi, lagi sedap kalau dapat makan tiap-tiap hari ayam goreng ala-ala KFC ni..Sejak wife saya expert buat ayam ala-ala KFC ...

 


Ringkas

  1. Berlari 5 kilometer membakar 302 kalori.
  2. Kalori seketul ayam goreng ialah 320 kalori.
  3. KFC ialah tanda nama Kentucky Fried Chicken iaitu rangkaian restoran makanan segera dari Amerika yang beribu pejabat di Louisville di Kentucky yang mengkhusus dalam ayam goreng. Ia adalah rangkaian restoran kedua terbesar di dunia selepas McDonald's dengan 22,621 lokasi di seluruh dunia di 150 negara setakat Disember 2019.

20160304