Apakah itu Bimbo?

Tonton Aku Bukan Bimbo full episod. Free download. Nantikan drama terbaharu adaptasi novel 'Bimbo' karya Rin Ahmad yang akan disiarkan di Astro Ria. Drama Aku Bukan Bimbo terbitan Global.. Sinopsis Aku Bukan Bimbo, Pelakon Aku Bukan Bimbo, Episod Aku Bukan Bimbo, Video Aku Bukan Bimbo, Youtube Aku Bukan Bimbo.

  1. Pada masa ini iklan drama "Aku bukan Bimbo" sering dimainkan di layar televisyen, dan Tedi serta Mommy sering terserempak dengan iklan tersebut.
  2. Kalau sekadar terserempak tidak mengapalah, tapi perkataan bimbo itu asyik ditanya apakah maksudnya oleh Mommy.
  3. Tedi jawab dengan jawapan klise, "Mommy Google-lah", tapi seperti biasa Mommy malas nak Google, melainkan ia gossip artis.
  4. Baiklah... setelah sekian lama... pada pagi ini Tedi mencari apa makna bimbo itu.
  5. Rupanya ia adalah daripada Bahasa Inggeris slanga (rojak?) yang bermakna, "perempuan yang nampak menarik tapi otak kosong (a.k.a bodoh?)  - selalunya wanita muda yang menggunakan tarikan seks".
  6. Bodoh mungkin tak berapa sesuai tapi kalau tak berilmu pengetahuan itu mungkin ya.
  7. Perkataan ini wujud seawal 1919 di Amerika Syarikat, tapi pada masa itu ditujukan kepada lelaki yang tidak cerdik atau yang jenis brutal membabi-buta. Almaklumlah pada zaman dulu mereka yang kuat anggap diri mereka hebat.
  8. Perkataan bimbo juga dikatakan berasal daripada perkataan Itali yang membawa maksud budak kecil, pada awal abad 20-an yang digunakan untuk mewakili pengikut a.k.a anak buah, mungkin disebabkan luasnya pengaruh mafia pada masa itu.

 

Gambar kulit novel Bimbo karya Rin Ahmad. Maksud bimbo dalam Bahasa Melayu adalah

Bimbo itu Bambino?

  1. Yang kelakarnya, semasa perbualan dengan kawan-kawan dan mereka bertanya, "Bimbo tu apa?", Tedi selalu jawab, "kalau Bambino tu Tedi tau la".
  2. Rupa-rupanya bimbo memang berasal daripada perkataan bambino yang bermaksud "anak lelaki kecil".
  3. Tetapi pada masa sekarang lebih popular gelaran perempuan bimbo bukannya lelaki bimbo.
  4. Bambino yang Tedi kenal pula adalah watak kartun kecil,  tapi tak ingat binatang apa digunakan...

 

Tak sesuai dengan drama "Aku bukan Bimbo"?

Gambar hero dan heroin drama Aku Bukan Bimbo. Apa maksud aku bukan bimbo?

  1. Aku Bukan Bimbo ialah sebuah siri drama televisyen Melayu tahun 2016 arahan Riza Baharudin.
    1. Drama bersiri ini dibintangi oleh Shaheizy Sam, Nadiya Nisaa dan Zahiril Adzim.
    2. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 29 Februari 2016 menggantikan Isteri vs Tunang.
    3. Aku Bukan Bimbo adalah adaptasi novel bertajuk Bimbo tulisan Rin Ahmad
  2. Kalau melihat kepada iklannya nampak tak sesuai sebab gadis tu tak nampak pun macam "gatal" atau ala-ala "gedik" mahupun "gelenyar".
  3. Tapi tak tahulah kalau dalam ceritanya, wataknya ada diselitkan sebegitu.
  4. Apa yang Tedi nampak gadis tu macam bodoh-bodoh alang atau tong kosong atau clumsy aje.
  5. Tak kisahlah asalkan Tedi dah tau makna bimbo.

 

Maksud bimbo dalam Bahasa Malaysia

Tedi cuba merujuk Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tetapi tidak menemui apa maksud bimbo dalam Bahasa Malaysia.

Cuma DBP ada merekodkan 2 penerbitan menggunakan perkataan bimbo iaitu:

  1. Artikel majalah berjudul Bimbo Malato oleh pengarang Junus, Hasan dalam majalah Horison keluaran 01 Januari 1972.
  2. Buku berjudul "Sajadah panjang Bimbo:30 tahun perjalanan kelompok musik religius" keluaran Penerbit Mizan pada tahun 1998.

Tedi cuba juga mencari menggunakan ejaan seperti bimboo namun ternyata tidak wujud.

 


Karangan ini diterbitkan pada 20160313.
Rujukan: Aku Bukan Bimbo - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas