Mencuri masa sebentar mengisi ruang kosong

  • Terjaga Tedi daripada lena yang singkat, dan badan terasa mulai pulih dari keletihan bermain badminton di The Challenger PJ semalam.
  • Habis bermain jam 10 malam, kemudian tunggu Mommy pick up dalam jam 11 malam baru sampai kerana beliau kesesatan dalam perjalanan dari Mydin Mall USJ.
  • Kemudian kami ke Puncak Jalil, menukar beg duit Master yang kawan beliau tertukar setelah menumpang simpan barang dalam beg raket beliau.
  • Terasa tekak haus setelah terjaga, gagahi diri ke dapur bawah untuk minum air dari mesin penapis berjenama Cuckoo.
  • Setelah membasahkan tekak terlihat pula komputer riba berjenama DELL Latitude D630 yang tidak diusik semalaman, maka Tedi mula menghadapnya.
  • Mana tahu kalau ada nukilan menarik?
  • Tiada apa untuk dinukilkan, maka Tedi habiskan masa menonton Prince of Tennis.

 

Bakal pandu uji CX5

New Mazda CX-5 for sale for RM 121 000 at Bangi, Selangor. WH Oneplus Auto Sdn Bhd No. 7 Jalan Perindustrian Suntrack,Hub Perindustrian Suntrack, Off Jalan P1A, Seksyen 13,43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
  • Pagi nanti, sekitar jam 10 pagi, kami telah berjanji untuk memandu uji sebuah kereta Mazda CX5 di Bangi.
  • Ini adalah rentetan kepada pandu uji ke atas sebuah kereta Honda HRV sebelum ini,
  • Buat pertama kali Master akan memandu sebuah SUV (sports utility vehicle/ kereta peralatan sukan).
  • Adakah Master akan berjaya memandunya? dan adakah beliau akan kagumi CX5?
  • Beliau tidak mudah untuk kagum.

 

Mencari Bella di Gua Cahaya

  • Kembara sebentar dalam dunia Summoners War, Tedi sempat menentang World Boss dengan 23 ekor monster.
  • Nampaknya hasil yang diperolehi tidak mengecewakan.
  • Selain itu meneroka juga Light Dungeon untuk mencari Belladeon.
  • Tampak masih belum ada bayangannya.
  • Kawan-kawan suruh add mereka yang telah berjaya menemuinya, namun Tedi agak berat untuk menuruti.
  • Skuad Light Dungeon kali ini diketuai Bernard, dianggotai oleh Sharron, Raoq, Konamiya, dan Ramagos.