Sejak semalam Tedi memeriksa semua kod yang ditulis sebelum ini.

  • Ini adalah kerana beberapa function dalam sistem yang Tedi bina tidak berjalan dengan betul.
  • 2 buah komputer yang digunakan dalam Ujian Integrasi masing-masing menunjukkan kegagalan.
  • Sedangkan semuanya berjalan dengan baik pada komputer Tedi dan juga komputer yang digunakan untuk Ujian Alpha.
  • Komputer A memaparkan satu masalah berlaku namun tiada maklumat lanjut mengenai masalah itu, manakala pada komputer B, semua rekod yang dihasilkannya tidak dapat diproses oleh komputer pelayan utama.
  • Untuk masalah pada komputer A, Tedi memeriksa kod dan mendapati bahawa ada sebahagian kod tidak menggunakan fungsi baru yang Tedi sediakan, maka Tedi hanya menukarnya semula, dan dari sana Tedi dapati bahawa pangkalan data di Komputer A sebenarnya bermasalah.
  • Masalah B pula memakan masa lebih lama untuk dikenalpasti. Setelah habis diperiksa kod, Tedi masih tak jumpa apa kesalahan dalam kod yang Tedi tulis, semuanya okay. Akhirnya Tedi perasan bahawa rekod daripada Komputer B memaparkan format tarikh yang salah, iaitu dalam Bahasa Malaysia.
  • Bagaimana ia boleh terjadi sedangkan Tedi memaksa semua komputer menulis rekod dalam satu format yang sama?
  • Geledah punya geledah, baru Tedi dapati bahawa fungsi DateTime.Now.ToString("DD/MMM/YYYY HH:mm:ss") yang disediakan oleh pustaka .Net 3.5 ternyata gagal menjalankan tugasnya, mungkin kerana sesuatu yang Tedi tertinggal?
  • Dek kerana mengejar masa, Tedi tulis satu fungsi baru, original daripada Tedi sendiri, customized version.

20150807