Terima kasih kepada yang bertanya, dan ini jawapannya setelah sekian lama tertangguh.



Anda bakal menemui satu pasukan dengan formasi 4-1-2-2-1.

Formasi itu selalunya digunakan begini.

GK
DL - DC - DC - DR
DMC
MC - MC
AMC - AMC
FC

Oleh kerana ada 5 pemain tengah (DMC MC MC AMC AMC), maka Tedi selalu gelar formasi ini sebagai 4-5-1, jika 2 AMC digantikan dengan AML dan AMR, Tedi gelar ia formasi 4-5-1 Winger.

GK
DL - DC - DC - DR
DMC
MC - MC
AML - - AMR
FC

Pada zaman dulukala Tedi gemari kedinamikan kedua-dua formasi ini, jadi Tedi selalu beli pemain sayap yang boleh bermain di bahagian tengah. Formasi ini mungkin lebih sesuai untuk menyerang, jika pertahanan kental di tengah, tukar kepada serangan melalui sayap.

Tapi formasi ini ada kelemahan jangka panjang iaitu pemain sayap (AML AMR) atau pemain tengah menyerang (AMC) akan cepat kehabisan tenaga, jadi pemain simpanan yang betul perlu ada. Ini adalah kerana kurangnya pemain di bahagian atas.

Bagaimanakah untuk mengalahkan formasi ini?



Formasi ini boleh kalah kepada mana-mana pasukan yang hebat, tapi Tedi selalu kalah kepada 4-1-3-2 dan 4-2-2-1-1.

Ini adalah formasi 4-1-3-2, satu formasi yang agak padat di bahagian pertahanan dengan 5 pemain dan jika betul strategi yang digunakan, ia akan menjadikan 8 pemain berada dalam kawasan pertahanan.
GK
DL - DC - DC - DR
DMC
ML - MC - MR
-
FC - FC

Formasi ini boleh menjadi dinamik, berubah kepada 4-4-2 Berlian (4-4-2 Diamond), formasi kegemaran Jose Mourinho semasa melakukan serangan balas. Itu jika pemain tengah (MC) boleh bermain sebagai Pemain Tengah Menyerang (AMC). Jadi kena ada pemain sedemikian dalam pasukan anda.


Taktikal yang biasa digunakan adalah: Bertahan + serangan sayap kiri dan kanan + normal tackle + serangan balas + tiada perangkap offside.

Oleh kerana serangan menggunakan pemain sayap, maka mereka cpat letih, jadi kena ada pemain simpanan. Selain itu dapatkan pemain sayap yang juga bagus ketika bertahan, kepantasan adalah ciri utama perlu ada pada pemain sayap ini.

GK
DL - DC - DC - DR
DMC
ML - - - MR
AMC
FC - FC

Bagaimana pula dengan formasi 4-2-2-1-1?

Formasi ini tertumpu kepada serangan balas dan pertahanan mantap, juga kepada kehebatan pemain penyerang kerana hanya 4 pemain akan berada di atas.

GK
DL - DC - DC - DR
DMC - DMC
MC - MC
AMC
FC

Tedi pun agak keliru bagaimana formasi sebegini boleh mematahkan serangan sayap 4-1-2-2-1, kerana mereka tidak punya lapisan pertahanan di bahagian sayap, tapi yang pasti formasi ini akan menyebabkan bahagian tengah menjadi sesak dan mengganggu kelancaran serangan formasi 4-1-2-2-1.

Yang pasti jika pasukan anda terlebih hebat, gunakan sahaja formasi yang sama seperti pihak lawan, cuma pastikan bahawa anda tidak kehilangan banyak bola!

Selamat mencuba..


* * * * * Kiriman lain yang berkaitan * * * * *
Formasi apakah sesuai untuk menewaskan 4-4-2?


27 Jun 2015