Dilema betul memikirkan di antara kehendak dan keperluan...

Hari ini di pejabat Master rata-rata manusia berbicara mengenai kepulangan ke kampung yang dilanda musibah banjir.

Mereka akan pulang dengan membawa barang-barang keperluan terutamanya makanan.

Selain itu ada juga yang mengumpul derma untuk membantu kawan-kawan yang menjadi mangsa banjir.

Kami pula masih berkira-kira hendak pulang atau tidak? Kerana tiket kapal terbang sangat mahal. Jika hendak beli yang murah, tentu saja pada hari yang agak tidak sesuai.

Boleh saja beli tiket yang mahal itu, dengan harapan kepulangan kami nanti akan berbaloi.

Tapi kadangkala terfikir juga jika harga tiket itu disalurkan kepada saudara-mara yang menjadi mangsa.

Alternatif lain mungkin sahaja pulang dengan kereta tapi dengan jalan yang rosak selepas banjir, ia agak merbahaya...

Tedi berasa, baiklah pulang sahaja, kurang-kurang menjenguk keluarga, walaupun Tok Ma melarang kerana bekalan air bersih tiada di sana.

Kalau Master dapat cuti lama-lama kan bagus?

Mungkin kata-kata Husam Musa ini boleh dijadikan panduan?

KUALA LUMPUR: 

"Jika anda mencari jalan pulang ketika kerinduan di ketika perayaan, saat kesusahan adalah lebih mulia," tulis Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dalam facebooknya, petang ini.

Beliau yang juga Adun Salor ada menemui dalam kalangan mangsa banjir yang bertutur 'anak ambo tak balik...'. Justeru, beliau berkata kerajaan dan majikan wajar menimbangkan cuti khas kepada yang terlibat.

"Mana yang prihatin dengan pelbagai upaya, sungguh membanggakan," tulisnya lagi.

Beliau menambah, matinya deria sensiviti, out of touched dan ala kadar memahami derita rakyat, kata Saiyidina Ali, adalah malapetaka pemimpin.

Golongan itu, katanya ketika orang lain menderita, dia masih mampu tertawa dan mengetawakan orang.

"Prihatinnya hanya satu gesture politik bukan penghayatan," katanya.

Sehubungan itu, ujar beliau bagi anak-anak yang berjauhan, pulanglah membantu jika ada keluarga yang turut dilanda banjir.

"Kata orang, bersama ketika kesusahan lebih utama," ujarnya.

-HARAKAHDAILY 30/12/2014


20141231