Tadi Master tunjukkan kepada Tedi klip video "Smooth Criminal" nyanyian Michael Jackson.



  • Walaupun Tedi tak berapa kenal siapa dia ni, Tedi agak tertarik dengan lirik lagu dia.
  • Dalam lagu tu disebut beberapa kali, "Adakah awak okay, Annie?"
  • Dan lagu tu menceritakan mengenai seorang wanita bernama Annie yang diserang oleh seorang penjenayah licik dipanggil "Smooth Criminal".
  • Dan pakcik Michael Jackson ni tak habis-habis bertanya, "Adakah awak okay, Annie?"
  • Bila mendengar perkataan itu diulang banyak kali dan penceritaan dalam bait-bait lagu tu, Tedi mula yakin, mesti lagu ini mengenai sebuah kes jenayah ke atas seorang wanita.
  • Maka Tedi mula menggelitar siapakah Annie tersebut? Apa yang terjadi kepadanya sehingga dimasukkan dalam lagu?
  • Setelah beberapa pembacaan, rupa-rupanya watak Annie tu merujuk kepada Resusci Anne, sebuah patung yang digunakan dalam latihan bantuan CPR.
  • Dalam latihan itu frasa, "Adakah awak okay Annie?" akan diulang untuk mendapatkan tindak-balas mangsa.
  • Errm, patung latihan CPR pun boleh beri inspirasi kepada penciptaan lagu ek?
Inilah si Annie dalam lagu Smooth Criminal.