Langkau ke kandungan utama

Menara Rebung vs Cendol Time

Gambar Menara Telekom Malaysia atau Menara Rebung atau Menara TM di Bangsar di Kuala Lumpur di Malaysia
Semasa menanti ketibaan Mommy dari pejabat beliau di seberang Lebuhraya Persekutuan sana, Tedi sempat mengambil gambar Menara Rebung. Tedi memang gemari rekabentuk menara ini yang seolah-olah tak tegak... harapnya ia bukan sebenarnya condong.

 

Gambar minuman cendol sejuk di hentian rehat di Lebuhraya MEX Expressway Kuala Lumpur Putrajaya.
Di tengah perjalanan, Master singgah di Hentian Rehat dan Rawat Lebuhraya Maju hala Putrajaya. Kami sempat menghadap cendol yang dibeli di gerai Cendol Time. Ada pelbagai jenis dan rasa, ada juga minuman lain... Master macam biasa memilih yang biasa-biasa...

 

  • Tujuan Master ajak kami minum adalah untuk mengelakkan mengantuk semasa memandu, namun apabila mengantuk ditambah cendol, apalah sangat kesannya?

10 November 2014 jam 11:36 malam

Ulasan

Catat Ulasan

Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.

Kiriman Berkaitan