Bosan asyik singgah di restoran yang sama untuk makan malam, kami mencuba makan di Warong Sanget pula.


  • Warong Sanget adalah sebuah kedai makan kecil yang terletak di tepi Jalan Dengkil - Bangi.
  • Makanan yang dijual adalah masakan panas tipikal kedai Melayu yang biasa.
  • Namun masakannya ternyata agak bagus berbanding beberapa kedai makan yang selalu kami singgah.
  • Masakannya seolah ringan daripada segi rasa dan ada hiasan pula.
  • Selain itu ada Kerang Bakar yang rasanya agak segar berbanding kedai lain, tapi kawan-kawan kena cuba sendiri lah, mungkin Tedi je berpendapat sedimikian.
  • Dari segi kebersihan dan hiasan, okay, tidak memualkan dan ada beberapa dekorasi menggunakan papan Carrom dan gitar (yang boleh dimainkan jika anda mahu).
  • Dari segi tandas, Tedi tak pernah masuk.
  • Dari segi menu, tiada pula Tedi nampak disediakan.
  • Secara keseluruhannya, untuk sebuah warung, ia memang terbaik!
  • Jadi Tedi uar-uarkan di sini semoga perniagaan mereka mendapat perhatian dan semoga mereka maju jaya. 
  • Jika manusia dapati masakan dan perkhidmatan mereka bagus, bolehlah tolong hebahkan ya... Rugi Tedi tengok kedai makan sebegini akhirnya bungkus begitu saja kerana tiada promosi.



Kedai yang kecil dan sangat ringkas ini pada mulanya menghalang kami singgah, tambahan kerana kelihatan kurang pelanggan, mungkin tak berapa sedap masakannya... tapi setelah dicuba.. ia lebih bagus berbanding beberapa kedai makan yang lebih besar..

Kuew tiaw goreng yang dimakan Master ini mendapat pujian beliau (yang tak suka memuji tu) kerana kena dengan selera... agak ringan, dan tiada rasa perasa tambahan... mungkin boleh kata rasanya semulajadi?

Ini Nasi Goreng Ayam yang dipesan Mommy. Lupa pula nak tanya pendapat beliau... hehehehe...
****

Tajuk: *Bila Hati Berbicara* Channel : TV3 Ganti : Maaf Jika Aku Tak Sempurna Slot : Akasia Mula Tayangan : 28 Oktober 2014 Masa: [Setiap Isnin-Khamis, 7 mlm] Jumlah Episode : 28 Lagu Tema : Hujung Dunia - Hanie Soraya Barisan Pelakon : Syafiq Kyle, Atikah Suhaime, Idzham Ismail, Lia Natalia, Hanna Aqeela, Marisa Yasmin, Hafreez Adam, Emelie Hanif Jom Tonton *Bila Hati Berbicara.* *Episod 1* *Episod 2* *Episod 3* *Episod 4* *Episod 5* *Episod 6* *Episod 7* *Episod 8* *Episod 9* *Episod 10* *Episod 11* *Episod 12* *Episod 13* *Episod 14*




20141028