Hari ini sempat hantar kereta Mommy untuk diselenggara.

Semasa pembayaran dibuat Master sempat meminta tips daripada bos pusat servis itu.

Master: "Kalau kereta susah nak hidup tu apa masalahnya?"
Bos: Ada crank tak?
Master: Crank? Crank tu apa?
Bos: Crank tu bunyi enjin nak hidup.
Master: Owh, ada.
Bos: Banyak punca tu, kena periksa dulu.
Master: Dia susah nak hidup selepas berjalan jauh, kalau sebelum jalan tu tiada masalah.
Bos: Owh, boleh jadi ada angin. Masalah ni selalu jadi pada Proton SAGA BLM.
Master: Angin? Angin masuk dalam enjin?
Bos: Yup. You selalu pandu berapa? Lapan puluh? Seratus?
Master: Seratus.

Bidaah je Master tu, dia pandu lebih seratus dua puluh kilometer sejam (120 km/j)

Bos: Angin. Ramai kena sampai enjin tak boleh hidup lansung.

Rupa-rupanya kereta pun boleh kena angin ek? Nasib baik tak naik angin. Nak kena bekam kot kereta tu? Atau kena bagi dia minum air halia supaya dia kentut selalu?

gambar fuel filter alat ganti Proton Genuine Parts
Penapis minyak yang tidak diganti bisa membuatkan nisbah udara-petrol tidak betul, menyukarkan kereta dihidupkan... Harganya RM12 sahaja.. tapi kalau tidak diganti boleh jahanam satu kereta... Tapi dalam website harga dia RM33... erm beza ke Oil Filter dengan Fuel Filter?

 Terlebih Udara dalam Campuran Udara-Petrol

  • Semua orang tahu bahawa enjin petrol memerlukan campuran petrol dan udara sebelum dibakar dan meletup di dalam enjin.
  • Campuran ini perlulah berada pada nisbah yang betul untuk prestasi yang cekap. Pada zaman dulukala tugas mencampurkan petrol dan udara ini dilakukan oleh karburetor, tetapi pada zaman sekarang mungkin dilaksanakan oleh Penyuntik Udara Minyak Elekronik.
  • Udara yang berlebihan akan menyebabkan enjin susah dihidupkan.
  • Punca terlebih angin adalah:
    • Tangki minyak hampir kosong, sebaiknya lebih separuh tangki.
    • Penapis minyak (oil filter) yang kotor kerana tidak diselenggara (kes kereta Mommy ni mungkin disebabkan ini... hehehe...)
    • Penyuntik Minyak (Fuel Injection) mungkin gagal beroperasi.

Diterbitkan pada 20140830, kiriman ini adalah mengenai masalah Proton SAGA BLM susah nak start.