Percubaan jalan baru

  • Alkisahnya minggu ini Tedi selalu lewat ke sekolah, walaupun telah cuba gerak awal dari rumah.
  • Malangnya, apabila semakin awal kami gerak, semakin teruk kesesakan melanda.
  • Oleh sebab itu Master telah melakukan beberapa ujikaji untuk melihat pilihan jalan yang ada untuk ke sekolah Tedi.
  • Beberapa jalan yang telah kami uji adalah seperti:
    • Taman Desa - Jalan Kelang Lama - Jalan Kampung Pasir
    • Taman Desa - Jalan Kelang Lama - Jalan Syed Sirajuddin
    • Taman Desa - Jalan Kelang Lama - Lebuhraya Persekutuan
    • Kuchai Lama - Jalan Kelang LamaJalan Syed Sirajuddin
  • Namun ujikaji ini boleh dikira gagal kerana:
    • Tedi tetap sampai lewat di sekolah.
    • Kami sesat dalam 3 daripada 4 ujikaji tersebut.
  • Namun seperti biasa, kami tiada kecewa kerana kami kini semakin kenali jalan-jalan di Kuala Lumpur, seperti kata pepatah, "Jauh berjalan, luas pandangan", yang bermaksud semakin banyak kita merantau/mencuba, semakin banyak pengalaman ditimba.

Tersangkut di simpang Jalan Kuchai Lama ke Jalan Kelang Lama.
Kelihatan seekor kereta naik di atas pembahagi jalan.
ola bola -suasana pagi -kesesakan jalan raya


---
Surah al-Humazah (PENGUMPAT)
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela, (1) 
yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya, (2) 
dia mengira bahwa hartanya itu dapat mengekalkannya, (3) 
sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah. (4) 
Dan tahukah kamu apa Huthamah itu? (5) 
[iaitu] api [yang disediakan] Allah yang dinyalakan, (6) 
yang [membakar] sampai ke hati. (7) 
Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka, (8) 
[sedang mereka itu] diikat pada tiang-tiang yang panjang. (9)
---


... Eksperimentasi pembelajaran Matematik adalah seni ... bahan dan teknik .. penulisan2u koleksi cerpen "Eksperimen Cinta" siri 33, 38, 40, 41 ... Siri eksperimen Sains tahun 5 dan tahun 6 :: tingkatan 1 :: tingkatan 2 :: Biologi tingkatan 4 ... Contoh eksperimen Sains Comot projek gunung berapi..


20140424