Langkau ke kandungan utama

Nak vakum ke tak?

13 Mei 2014: Perlukah daku melaksanakan tugasan ini?

  • Alhamdulillah, jiran kepada jiran Master (bermakna jiran kami juga) rupa-rupanya telah mendapat cahaya mata.
  • Punyalah kami tak sedar, maklumlah keluar semasa matahari terbit, sampai rumah tatkala mentari telah lama terbenam ke dasar laut.
  • Tedi nak jadikan cerita, sepatutnya hari ini Tedi perlu menyedut-hampagas kawasan rumah kerana debu-debu telah lama menyelaputi kami.
Walaupun tampak mudah, tugasan ini amat sukar bagi Tedi laksanakan ketika ada anak kecil perlu diambilkira... kali ini Tedi perlu laksanakannya dengan cekap dan amanah.

  • Namun, penyedut-hampagas itu kan bising? Jadi ia tentunya akan mengganggu gugat ketenteraman si anak kecil yang baru lahir itu.
  • Pada mulanya Tedi bercadang melupakan sahaja niat murni Tedi ini, demi keamanan si anak kecil, namun ia bukanlah pilihan yang bijak kerana debu-debu ini pula akan mengganggu gugat keamanan hidup Tedi sekeluarga.
  • Seharusnya Tedi memilih masa yang sesuai untuk melaksanakan tugasan yang mustahak ini.
  • Setelah sekian lama Tedi bermuhasabah diri, Tedi memilih untuk melaksanakan tugasan yang mencabar ini pada jam 6 petang.
  • Kenapa? Kerana waktu itu waktu Maghrib sudah hampir tiba dan Tedi percaya (dengan tidak yakin) bahawa si anak kecil itu takkan tidur pada waktu Maghrib. 
Tedi harapkan telahan Tedi bahawa si bayi itu takkan dibiarkan tidur sekitar waktu Maghrib adalah tepat.

  • Tedi tak pasti sama ada telahan Tedi ini betul kerana Tedi tiada pengalaman.
  • Bukannya Tedi tiada pengalaman menjadi seekor bayi, tapi Tedi tiada pengalaman kerana tidak ingat semasa Tedi bayi dahulu Tedi ada tidur tak pada waktu sebegini...
  • Alhamdulillah, setelah bertungkus-lumus akhirnya Tedi berjaya menyedut-hampagas semua debu-debu kota yang ada di dalam rumah, itupun setakat ruang tamu, ruang atas dan sebuah bilik tidur utama. Bilik-bilik lain masih dinodai debu-debu tersebut.
  • Ini pertama kali Tedi dapat melaksanakannya dalam masa sejam. Sebelum ini dari pagi sampai ke petang pun belum tentu siap.
  •  Itu pun terlajak beberapa minit daripada jam 7 malam kerana Tedi mengelap tangga menggunakan kain buruk. Tapi ia masih boleh dibanggakan... buat masa ini...
  • Alamak, Tedi baru teringat sesuatu la.... bukankah bayi yang baru lahir sentiasa tidur dan hanya bangun semasa nak menyusu jer? Alamak, silap besarlah ni... huhuhu...
13 Mei 2014 jam 7:45 malam.

Ulasan

Catat Ulasan

Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.

Kiriman Berkaitan