Terkejut Tedi membaca berita ini.

Bagaimana seekor kucing perliharaan yang tentunya manja selama ini tiba-tiba boleh menyerang tuannya?


Kejadian berlaku di Roseville, California apabila seekor kucing berusia setahun setengah bernama Khat telah menyerang keluarga pemiliknya, iaitu si ibu, saudara perempuan dan saudara lelaki berusia 10 tahun.

Saudara perempuan pemilik mengalami kecederaan muka, si ibu cedera kaki dan tangan, manakala adik lelaki pemilik mengalami kecederaan dalam pada bahagian kaki.

"Khat melompat dan seolah-olah melekat pada kakinya" - jelas pemilik kucing tersebut mengenai serangan Khat ke atas adik lelakinya itu.
Bomba terpaksa menangani kejadian itu dengan menyelimuti Khat dengan selembar selimut sebelum menggunakan besi untuk memaksanya masuk ke dalam sangkar.

Mereka menyatakan bahawa itu adalah kejadian pertama seumpamanya.

~ 21 April 2014 ~ Sumber: California house cat attacks, sends 3 people to hospital.