Tedi rasa ramai kenal siapa Saladin?

Gambar potrert Salahuddin Ayubi yang terkenal sebagai Saladin di kalangan orang Barat
Saladin bukan sahaja dibanggakan kaum Muslimin malahan dihormati orang Kristian kerana tindakannya membenarkan tentera Kristian pergi dengan aman selepas menawan Jerusalem. http://www.onislam.net/english/reading-islam/research-studies/islamic-history/453955-saladin-a-benevolent-man.html

Saladin adalah nama gelaran omputeh kepada Sultan Sallahuddin al-Ayyubi iaitu seorang Sultan yang terkenal adil dan berperikemanusiaan dalam peperangan.

Keadilannya menyebabkan beliau dihormati oleh Richard the Lionheart, raja daripada England yang terkenal dalam peperangan Salib.

Saladin juga merupakan pembebas Palestin daripada pihak Salib, yang kedua selepas misi pada zaman Khalifah Umar al-Khattab.

Kenapa Tedi menyampah dengan Saladin?

Bukan. Tedi bukan menyampah dengan Sultan Sallahuddin al-Ayubi tu, sebaliknya Tedi menyampah dengan satu siri animasi terbitan Malaysia yang meminjam nama Beliau.

Gambar barisan watak dalam siri animasi Saladin
Siri animasi Saladin meminjam nama Sultan yang terkenal itu dengan jalan cerita yang berbeza. http://www.animationmagazine.net/tv/al-jazeeras-series-saladin-receives-intl-emmy-nom/

Pada mulanya Tedi dah semangat nak menonton siri tersebut kerana Tedi jangkakan akan dapat belajar sejarah, sebaliknya siri itu hanya fiksyen semata-mata.

Bagaimana nama seorang yang begitu berjasa dengan mudahnya diperkotak-katikkan demi keuntungan dunia?

Kelak bagaimanakah generasi kemudian akan mengenang Saladin? Adakah sebagai seorang Sultan yang alim, adil dan membebaskan Palestin kepada seorang hero yang meninggalkan negaranya demi mengejar kepentingan diri?

Sedangkan Saladdin melupakan keseronokan kehidupan dunia demi mencapai cita-cita menegakkan keadilan di bawah kesatuan umat Islam.

Nampaknya MDEC tidak berjaya mengawal salah satu produk inovasi mereka ini daripada mencemar nama baik serang pahlawan Islam.


20140211