Tedi lihat Master terkedu sebentar apabila diajukan soalan itu.

Mengikut pembacaan Tedi, ada juga Syiah yang macam Mazhab Shafie di mana mereka ini ok kerana Syiah ini pada asalnya, imam yang "dilantik" itu pun tidak mengadakan mazhab Syiah. Jika benar pemahaman Tedi, ini sama sahaja seperti mereka yang Ahli Sunnah tapi melanggar syariat dan ajarannya. Sebab itu ulama berkata untuk menepis semua dakyah adalah melalui pemahaman ke atas manhaj Ahli Sunnah wal Jama'ah itu sendiri. http://www.al-ahkam.net/home/sejauh-manakah-nahjul-balaghah-itu-benar-benar-dari-ali-ra

***
Tambahan soalan itu datangnya daripada seorang budak sekolah rendah yang baru di darjah 5.

"Tak tahulah pula maksudnya" - jawab Master.

Apabila Tedi tanya jika Master tiada perasaan malu ketika mengaku yang dia bebenar tidak tahu jawapannya, Master jawab.

"Lebih baik mengaku tidak tahu daripada memberi jawapan yang menyesatkan orang lain."

Maksud menyesatkan itu mungkin sekadar membuat orang lain keliru.

Jadi Tedi pun mengambil kesempatan ini untuk menyemak maksud Syiah itu daripada sudut bahasa atau linguistik.

Syiah adalah perkataan Arab yang bermaksud pembela atau pengikut.
Selepas ni bolehlah Master jawab dengan yakin maksud perkataan Syiah itu, kan?
20140101