بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Kebelakangan ni Master selalu dodoikan Tedi dengan lagu klasik.

Kandungan: Dokumentari "Whose is this song?" | Lagu mengenai cinta kepada seorang kerani? | Sebuah lagu menjadi punca persengketaan? | Ada dalam 3 versi. | Ada di 47 buah negara?

gambar poster filem Ali Baba Bujang Lapok

Lagu yang dipetik daripada filem Ali Baba Bujang Lapok itu berlirik seperti ini:

Alangkah indah di waktu pagi,
   burung bersiul menyanyi-nyanyi,
Terbang bebas di angkasa tinggi,
   hidup bersenang hati,
Tidak seperti burung di sangkar,
   hatinya sedih hidupnya sukar,
Makan diberi, minum disukat, terkurung terikat.

Kemudian Tedi pun semak melalui YouTube mana tahu kalau ada versi moden dengan lirik yang lebih jelas, namun hampa!

Tapi yang menariknya Tedi menemui Selawat Tihami yang menggunakan rentak yang sama.

Jadi Tedi cari lagi kalau-kalau ada lagu lain dengan lirik yang sama sebab ada komen yang katakan lagu ini telah dibuat remix oleh seorang DJ di Dubai.

Dan akhirnya Tedi menemui satu dokumentari yang sangat menarik yang menuntut dan mengkaji asal-usul lagu ini. Sesuai untuk diketahui tapi belum tentu perlu diakui kerana sejarah itu ditulis oleh mereka yang "menang".

 

Dokumentari "Whose is this song?"

Prebiu dokumentari ini boleh ditonton di Whose Is this Song - PREVIEW (YouTube).

Alkisahnya pada suatu hari, seorang wanita makan di sebuah restoran di Turki atau lebih tepat di Istanbul (aku datang) bersama kawan-kawannya dari negara Balkan.

Kemudian ada sebuah lagu dinyanyikan yang berbunyi seperti "Alangkah Indah di Waktu Pagi". Kesemua mereka menyatakan bahawa lagu itu adalah lagu dari negara mereka, menunjukkan lagu itu ada pelbagai versi.

Itu tidak menjadi kehairanan kerana negara Balkan kebanyakannya (kalau bukan kesemuanya) adalah bekas naungan Turki Uthmaniyah.

Jadi si wanita ini pun mengkaji sehingga membawa dia ke versi Turki.

<top>

Lagu mengenai cinta kepada seorang kerani?

Versi Turki menyatakan bahawa lagu itu dicipta pada tahun 60-an untuk sebuah filem yang memaparkan mengenai seorang kerani yang menjadi idaman wanita.

Lagu itu bermaksud:

Hari mulai hujan dalam perjalananku ke Uskudar,
Aku rela mati ribuan kali,
tidak rela melihat kau menangis,
Bila aku mencari kerani ku,
rupanya dia ada di sisi,
Aku cintaimu dan kau cintai aku,
tidak pedulikan yang lain.

Rupa-rupanya jauh perjalanan lagu ini dan kalau benarlah lagu ini dari Turki maka jelas kepada kita betapa negara itu dulu menjadi tumpuan dunia sehingga lagu mereka pun jadi pilihan.

Ini adalah zaman di mana tiada internet, maka tersebarnya lagu ini sehingga ke negara kita agak mengkagumkan, dan jika benar ia dari Turki maka terbukti P. Ramlee atau anak buahnya sungguh-sungguh dalam kerja mereka.

Ruginya pada zaman sekarang yang serba canggih ini filem kita terkurung dalam kepompong yang tertentu sehingga cerita-cerita kita hanya berkisar kepada cinta, gangsterisme, budaya merempit, dan kahwin terpaksa.

Sesungguhnya mereka harus malu kepada seniman era 60-an.

<top>

Sebuah lagu menjadi punca persengketaan?

Dalam dokumentari ini dinyatakan bahawa harapan utama adalah untuk mencari titik persamaan sekaligu menyatukan kesemua mereka yang menuntut lagu itu, namun sebaliknya terjadi!

Ini dapat dilihat dari sedutan temubual di negara penerbit sendiri, Bulgaria (https://www.youtube.com/watch?v=KIHZN_61gmw), di mana mereka menghina Turki.

Penerbit mendapati bahawa lagu ini menjadi rebutan sehingga ada yang menuduh pihak lain begitu begini. Situasi ini sama seperti lagu Negaraku yang bersandarkan lagu Terang Bulan yang disandarkan kepada sebuah lagu di Indonesia sehingga ada di kalangan mereka mengatakan Malaysia ini maling (pencuri)!

Jangan dilayan sangat retorik sedemikian kerana tidak semua kerbau membawa lumpur.

<top>

Ada dalam 3 versi.

Lagu ini  muncul dalam 3 versi iaitu lagu cinta, lagu keagamaan dan lagu perang!

Wah, lagu perang pun boleh ek?

 

Ada di 47 buah negara?

Lagu ini dikatakan ada dalam versi 47 bahasa di mana ia bukan diterjemahkan tetapi digunakan iramanya.

Jadi di Malaysia sahaja kita boleh dengar 2 versi iaitu "Alangkah Indah di Waktu Pagi" dan "Selawat Tihami".

Tedi dah dengar 4 versi setakat ini, jadi mari Tedi senaraikan sedikit:

  1. Alangkah Indah di Waktu Pagi, Malaysia.
  2. Selawat Tihami oleh Haddad Alwi
  3. Versi Greek.
  4. Üsküdar'a gider iken, Versi Turki
  5. Funky Katibim (Remix) oleh Dinç Arslan

Wah, panjang pula coretan Tedi ni, lenguh muncung Tedi menaip.

Kesimpulannya, asal-usul lagu tu tak pasti tapi Tedi suka yang versi Turki tu sebab dia je ada bukti nyata.

Kalau Malaysia rajin, bolehlah claim lagu ni sebab kita pun ada filem Ali Baba Bujang Lapok dengan lagu yang sama dalam era yang sama.


Diterbitkan pada 20140117, kiriman ini adalah mengenai lagu sungguh indah diwaktu pagi .. lagu seperti burung di sangkar yang berkaitan dengan sejarah lagu uskudara di Turki.