Kedua-dua pelayar web ini saling bermusuhan?

Itu rumusan yang Tedi dapat buat apabila komputer riba milik Tedi asyik tersekat apabila Tedi gunakan kedua-dua pelayar ini serentak.

Jadi Tedi pun ambil keputusan untuk buang salah satu daripada mereka.

Tentunya Tedi akan memilih untuk terus mengekalkan Google Chrome kerana Tedi amat gembira dengan barisan extension yang mereka ada.

Google Chrome lawan Apple Safari
Encik Bojan menguji kedua-dua pelayar web ini di atas Mac OS X keluaran Apple, manakala Tedi menggunakan mereka di atas komputer riba yang sudah usang. Jadi Tedi lebih terasa pelayar mana yang lebih menyeksakan ketika digunakan. Walaubagaimanapun Apple Safari memang mempunyai paparan yang menarik. http://alphaefficiency.com/os-x-browsers-wars-which-browser-is-the-fastest-on-mountain-lion/

Ketika nak uninstall Apple Safari pun, tiba-tiba sahaja keluar mesej meminta Tedi menutup pelayar Google Chrome yang sedang digunakan!

Apakah kaitan di antara kedua-dua pelayar internet ini sehingga Tedi perlu menutup salah satu daripada mereka?

Adakah mereka berkongsi sumber yang sama?

Selamat jalan Apple Safari.

Buat masa ini Tedi mula seronok menggunakan Mozilla Firefox setelah Google Chrome mula jadi perlahan.

Tedi rasakan buat masa ini Mozilla Firefox amat ringan, tambahan pula ia punyai barisan plug-in yang setara Google Chrome.

Namun pencarian Tedi takkan berakhir di sini, Tedi akan cuba cari pelayar berasaskan Internet Explorer pula.


Dikarang dan diterbitkan pada 20140122, artikel ini adalah mengenai percubaan menggunakan pelayar internet Google Chrome dan juga Apple Safari.