Tentu ramai boleh fikirkan apakah bendanya yang dikaitkan dengan pepatah tersebut.


Yup, secara automatik kita akan teringatkan api, kerana api ini apabila kecil menjadi kawan kita contohnya untuk memasak, namun apabila besar, ia menjadi lawan contohnya dalam kes kebakaran.

Kalau begitu kes ini juga terpakai bagi air, kerana apabila kecil, kita gunakan ia untuk mandi atau membasuh, namun apabila besar, mungkin kita akan dilanda banjir!

Begitu juga bagi angin, apabila kecil jumlahnya, seperti angin sepoi-sepoi bahasa, tentu mendamaikan jiwa, tapi bagaimana jika angin ribut taufan yang melanda?

Kembali kepada api tadi, benarkah apabila ia besar ia akan menjadi lawan kita secara automatik?

Bagi Tedi tidak semestinya!

Kenapa?

Besar tidak semestinya menjadi lawan.


Benar kan?

Contohnya seorang tukang besi memerlukan api yang besar dengan suhu yang amat panas untuk membakar besi sehingga berbara.

Begitu juga dalam industri pembuatan kristal di mana api yang besar dengan suhu yang amat tinggi diperlukan untuk mencairkan pasir sebelum dibentuk menjadi barangan kristal yang menawan.

Api yang besar diperlukan dalam pembuatan kristal dan juga pertukangan besi. http://www.myhealthysalt.net/2011/12/garam-buluh.html


Air yang besar (banyak) pula diperlukan untuk menjana tenaga elektrik menggunakan empangan hidroelektrik. Begitu juga dengan angin untuk menggerakkan kincir angin dan pernah juga digunakan ketika pelayaran.

Jangan kilang kawalan!


Sebenarnya apa yang ingin disampaikan adalah supaya kita berwaspada, jangan hilang kawalan terhadap sesuatu perkara.

Mungkin kerana budi-bahasa kaum Melayu, mereka tidak menegur secara terus, seperti "jangan bawa kereta laju-laju, nanti kemalangan!", sebaliknya mereka boleh kata "Kereta, ketika perlahan menjadi kenderaan ke kampung halaman, ketika laju menjadi kenderaan ke alam barzakh!", hehe, gurau je lah.

Api jika digunakan dengan terkawal akan bermanfaat kepada kita semua, sebaliknya apabila kita terleka, boleh membawa bencana.

Air sungai jika dapat dikawal, mendatangkan faedah, tapi apabila ia mengganas sehingga kita tidak dapat mengawalnya, maka berlakulah banjir. Bagaimana mengawal banjir? Berwaspada dengan memelihara alam sekitar atau mengambil pelan alternatif seperti pendalaman sungai, pembinaan benteng dan sebagainya.

Ombak jika kita pandai mengawal, mungkin boleh dijadikan medium aktiviti rekreasi, tapi jika kita tak waspada, mungkin sahaja kita lemas ditelan ombak.

Ombak jika berjaya dikawal, boleh memeriahkan hidup kita. kosmo.com.my: Anjing pamer aksi luncur ombak.


Gula jika digunakan sekadarnya, menyedapkan makanan, tapi jika terlebih, kencing manis mungkin jadi ancaman. Begitu juga dengan garam. Tidak hairanlah Rasulullah sollallahu a'laihi wassalam pernah mengingatkan yang kebanyakan penyakit datang daripada perut (makan terlebih).

Kenderaan jika dipandu sempurna, akan menghantar kita ke destinasi, tapi jika terlena atau terleka, mungkin membawa mati.

Tol jika sedikit-sedikit boleh diterima kerana menanggung kos penyelenggaraan, tapi jika melampau, terlebih-lebih, masih nak dinaikkan walaupun saban tahun melaporkan keuntungan, memang mendatangkan kesengsaraan (kepada rakyat yang bayar tol... menteri tak payah bayar rasanya, main lalu jer, lepas tu boleh dia kata taknak bayar tol, lalu jalan biasa?).

Mercun jika dimainkan dengan elok, mungkin menghiburkan, tapi apabila tidak terkawal dek kecerdikan kita modify atau memainkannya dengan bahaya, bisa kudung tangan, buta mata, hilang kaki, kalau tidak mati!

Bukan harfiah


Banyak lagi perkara yang boleh kita adaptasikan dengan bidalan "Kecil jadi kawan, besar jadi lawan!" asalkan kita tidak terikat dengan maknanya secara harfiah.

Cicak Gecko ketika kecil mungkin boleh menjadi haiwan perliharaan merangkap kawan, tapi jika ia terminum radioaktif dan membesar menjadi Godzilla, mungkin sahaja ia akan menjadi lawan kita dan sedia untuk jadikan kita sebagai makanan. Ketika itulah kita memerlukan kawan yang besar seperti Ultraman Tiga, hiyeashhhh... Ultraman!!!