Haiwan mammalia jarang ditemui berjaya dirakam gambarnya di Vietnam.

  • Menjejak Saola adalah seumpama menjejak Bigfoot, kecuali dalam kes Saola, manusia sedia maklum ia memang wujud. Bigfoot wujud tak?
  • Saola juga dikenali sebagai Unicorn Asian, atau Vu Quang ox, atau Vu Quang bovid (Pseudoryx nghetinhensis).
  • Ox bertanduk panjang ini kelihatan lebih menyerupai seekor Antelop. Ini bagi Tedi tidaklah menghairankan kerana kedua-dua mereka daripada keluarga Bovidae (walaupun keluarga Antelop masih didebatkan).
Gambar haiwan mammalia, Saola, ox bertanduk panjang yang kelihatan lebih menyerupai seekor Antelope, di hutan Vietnam.
  • Ia merupakan salah seekor haiwan yang paling jarang ditemui di muka bumi dan hilang daripada radar penglihatan manusia selama 15 tahun
  • Ditemui pada tahun 1992,  di kawasan pergunungan yang terletak jauh di Laos dan kali terakhir dilihat pada 1998.
Imej yang berjaya dirakam kamera perangkap di hutan Vietnam. Kamera seperti ini biasa digunakan untuk merakam gambar-gambar haiwan liar, dan selalunya diletakkan di kawasan lalu-lalang haiwan liar tersebut.
  • Tidak hairanlah ahli biologi berasa seperti berada di bulan apabila gambar kawan Tedi ini berjaya dirakam oleh kamera perangkap di kawasan hutan Vietnam.
  • Menurut World Wildlife Fund (WWF), hanya ada ratusan — atau hanya mungkin dozen — Saola yang hidup di kawasan hutan di antara sempadan Vietnam dan Laos, menjadikan gambar ini begitu istimewa.
  • Gambar Tedi? Tak istimewa ke?

***

Sumber rujukan:


20131115