Setiap masa kemaskini status di Facebook menjadi ikutan masa kini.

Sementara itu, ramai juga di antara pengguna Facebook menyembunyikan usia mereka. Tapi tanpa mereka sedari usia mereka boleh dikenalpasti hanya melalui kiriman mereka.
 
gambar kartun perangai pengguna jenis pengguna Facebook

Sungguh menarik untuk mengetahui 5 kategori pengirim di Facebook. Walaupun mungkin tiada kena mengena dengan kajian kedua-dua universiti tersebut. 
ultrasia.blogspot.com: Kategori updater status Facebook.
 
 
University of Pennsylvania dan University of Cambridge telah menjalankan satu kajian yang melibatkan analisa ke atas 15.4 juta mesej di Facebook melibatkan 75000 (tujuh puluh lima ribu) sukarelawan.
 
Kajian itu mendapati bahawa pengguna dalam kumpulan umur :
  • 13 hingga 18 tahun - banyak berbicara mengenai sekolah, kerja sekolah dan banyak menggunakan emoticons.
  • awal 20-an - berbicara mengenai kolej dan cenderung menggunakan bahasa kasar.
  • 23 hingga 29 - banyak bicara tentang kerja, hari cuti dan perkahwinan.
  • 30 ke atas - cerita pasal keluarga, kawan-kawan dan keagamaan
Dalam kumpulan manakah kawan-kawan Tedi berada?
***

Sumber bacaan rasmi Tedi

status fb tentang usia atau umur


Kiriman ini pertama kali diterbitkan pada 8 Oktober 2013, 20131008