بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Eh, betulkah tikus boleh menyanyi?

Kalau menyanyi ala-ala Faizal Tahir tu, tidaklah. Tapi seorang ahli biologi, Brest Pasch mendapati bahawa tikus benar-benar "menyanyi". Pasch merupakan saintis University of Texas.

Gambar seekor tikus sedang menyanyi

Hasil kajian itu diperoleh selepas 3 (tiga) tahun dia mengurung, merakam, dan bebaskan tikus.

2 (dua) spesis tikus Costa Rica yang dikajinya membuat bunyi nyaring, berdecit yang kedengaran hampir kepada gabungan bunyi kicauan burung dan bunyi cengkerik, pada julat bunyi yang sungguh tinggi sehingga hampir tidak kedengaran pada telinga manusia.

Nyanyian mereka itu adalah untuk memikat calon pasangan dan juga memberi amaran kepada tikus-tikus lain untuk menjauhi kawasan mereka.

Ini adalah satu maklumat yang berguna kepada manusia namun mungkin boleh disalahgunakan mereka untuk menyusahkan hidup kawan-kawan Tedi tu..

[abcnews.go.com - Why Mice Sing: Sex, and to Protect Habitat]

20131012