Takrifan fotogenik tidak semestinya hanya untuk Nasha Aziz!


Tedi bukanlah seekor beruang yang fotogenik kerana Tedi tidak pernah pandai ber-posing di depan kamera. Kalau setakat berpusing depan kamera tu memang kegemaran Tedi.

Mommy pun memang tak fotogenik langsung sebab asyik pejam mata, sebab tu la kalau Tedi snap foto Mommy, Tedi ambil 10 keping sekaligus! Insya-Allah dalam 10 keping foto Mommy tu, adalah sekeping yang jadi, itu pun kalau nasib baiklah.

Penyu yang Tedi tak pasti namanya ni, mungkin Ponyo nampak berbeza dan mempunyai bakat di depan kamera.

Tengok sahajalah senyumannya yang memukau itu, kalah Erra Fazira yang poyo itu.

Mungkin Ponyo boleh menjadi penyu selebriti selepas ini dan punyai jenamanya sendiri?

[Sumber rujukan Tedi untuk coretan ini]
20131004