Air menitik tidak berhenti merugikan kerajaan Malaysia

Semalam Master dah belikan kepala paip baru. Tedi pun dah tolong tengok Master pasangkan kepala paip itu.

gambar kepala paip
Inikah kepala paip yang Master beli semalam, memang serupa sungguh. Tak sangka kak Masreena pun beli kepala paip serupa ini, cuma dia pasang di luar rumah je kot... 
yangkecilmolek.blogspot.com: Tempat yang paling selekeh di rumah.

Syukur air sudah tidak menitik, tapi alih-alih air keluar melalui sambungan paip daripada dinding ke kepala paip.

Tension betullah macam ni, penat sungguh Tedi menengoknya.

Hari ini Master kata nak pergi beli extension socket (soket sambungan) untuk kepala paip itu dan cari gam paip air kalau ada.

Kalau tak boleh juga, beli konkrit, tampal je dinding tu, biar padan dengan muka kami!

Semoga ada kedai hardware (jual alatan pertukangan) dibuka pada hari Ahad macam ni.

Erm, baik Tedi pergi mandikan pokok kangkung, cili, ulam raja, bendi, limau nipis, lada besar, kunyit, kari dan ulam botol di kebun Tedi dulu.

Tata...


20131027