Klip video berdurasi 2-minit menceritakan sejarah 75 tahun Superman.

gambar logo Superman 75 tahun
Superman kini sudah berusia 75 tahun dan logo khas ini dihadiahkan kepada beliau.
 
 
  • Sejak kemunculan pertamanya di dalam komik, watak yang juga digelar Manusia Besi (Man of Steel) itu telah melalui pelbagai kisah. Gelaran manusia besi diberi kerana Superman adalah seorang hero yang kebal di bumi.
  • Beliau menentang peperangan, bertarung dengan "salinan" dirinya sendiri dan juga wataknya telah diadaptasi ke dalam drama TV, filem dan juga permainan video.
  • Pernah juga Superman mati, tapi sebagai hero dia terpaksa hidup kembali.
  • Sempena sambutan ke 75 tahun Superman, DC Comics telah menerbitkan animasi pendek yang diterbitkan oleh pengarah filem Man of Steel, Zach Snyder, yang dibantu Bruce Timm, salah seorang pencipta "Superman: The Animated Series".
  • Video ini disertai alunan muzik latar belakang garapan John Williams.