Telah menyebabkan kematian seorang budak lelaki 4-tahun di Louisiana.


  • Sebelum ini seorang budak perempuan nyaris maut setelah diserang Amoeba yang sama ketika mandi-manda di sebuah taman tema yang mempunyai dasar kolam berpasir.
  • Amoeba yang dikenali sebagai Naegleria fowleri itu dipastikan berada dalam sistem bekalan air di St. Bernard Parish.
  • Amoeba ini berupaya memakan otak manusia dan akan menyebabkan penyakit primary amebic meningoencephalitis. (Tedi pun tak tahu apa kejadahnya tu, tapi mungkin kita boleh kaji nanti.)
  • Penyakit ini boleh membawa maut dalam masa 12 hari.
  • Louisiana Department of Health and Hospitals menyatakan bahawa amoeba itu disahkan ada di Louisiana selepas para pegawai mereka menguji contoh air daripada pili yang bersambung dengan saluran paip air di Violet dan Arabi, berhampiran New Orleans.

Apakah dia?

  • Arabi - sebuah tempat di St. Bernard Parish, Louisiana.
  • Louisiana - sebuah negeri di selatan Amerika Syarikat.
  • Violet - sebuah tempat di St. Bernard Parish, Louisiana. 

Bacaan lanjut yang berkaitan dengan coretan Tedi ini: