Teruja Tedi melihat gambar model terbaru PROTON Suprima S.

Lebih-lebih lagi apabila iklan itu memaparkan gambar belakang kereta hatchback itu dengan rekaan lampu yang memecah tradisi kereta keluaran PROTON.


Tapi apabila Tedi tengok gambar depan, sungguh mengecewakan! Suprima S itu ternyata sebuah PROTON Preve yang telah di-hatchback-kan! Walaupun mereka menyatakan ia kereta berbeza yang tiada kena-mengena dengan Preve, tapi apabila rupa depannya sama, Tedi tetap anggap kedua-duanya sama!

Bayangkan apabila PROTON Suprima S ini mengekori kereta anda, tidakkan anda akan menyangka seekor Preve yang sedang berada di belakang? Kalau bahagian dalaman sama, itu ok lagi.
Tapi Tedi memahami bahawa langkah ini mungkin boleh menjimatkan kos pembuatan model kereta terbaru PROTON ni. Cuma langkah ini menunjukkan PROTON di bawah Sime Darby kembali meniru perangai lama mereka. Lupakah siri kereta Wira, Satria, Arena dan Putra yang masing-masing kelihatan sama?



Selain itu PROTON mungkin mengalami konflik identiti di bawah Sime Darby yang sinonim dengan siri kereta sports (sukan) dan juga hatch-back seperti ini, tatkala syarikat kereta lain fokus kepada kenderaan keluarga, mereka fokus kepada pasaran kereta sports. Tapi mungkin juga mereka tahu pasaran kereta sebegini memang besar di Malaysia sehinggakan mereka mensasarkan penjualan 750 unit Suprima S sebulan.

Mereka berniaga, sudah tentu mereka lebih tahu. Tedi cuba memandang dari jauh sahaja.

Apa-apa pun Tedi tetap tak suka Suprima S dihasilkan daripada Preve yang dikontotkan.

Tak suka, tak suka.

Tapi Tedi memang suka dengan rekaan lampu belakang. Keep it up!

Apa-apa pun Tedi harap model ini akan menempa kejayaan dan menjadi model hot bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di Asia. Lepas tu bolehlah tension apabila model PROTON dijual lebih murah di negara lain berbanding di Malaysia.

Tak comel la pula PROTON Suprima-S warna putih ni

Bacaan luar yang berkaitan dengan kiriman Tedi ini:


19 Ogos 2013