Langkau ke kandungan utama

Tension-lah Tedi macam ni!

Macam mana tak tension apabila asyik-asyik Tedi je kena?

* karangan ini dilawat semula pada 16 Mac 2018 daripada batch 96 dengan 40 jumlah lawatan *

 

Cikgu AA, "Tedi, bila boleh beres? Cikgu ada mesyuarat untuk projek ni pada Isnin nanti."

Dengan senang hati Tedi jangkakan akan siap pada hari ini, jika tiada masalah. Tapi masalah memang timbul kerana projek ni diambil alih daripada bekas kawan sekelas Tedi. Nak sesuaikan diri tu satu masalah, tambahan peralatan yang digunakan Tedi pula ada masalah untuk disesuaikan dengan projek ni.

Tiba-tiba Cikgu MG masuk dan tanya, Tedi, "Kalau demonstrasi projek HUR Isnin depan, boleh?"
Tedi jawab, "Tak sempatlah cikgu".


Tapi macam biasa, siapalah nak dengar pendapat Tedi ni? Sebelum ni janji bukan main, bahagian Tedi boleh ditangguhkan dulu, kononnya.

"Awak buat ringkas je. Asalkan nampak rupa dah cukup.", itulah ayat klise Cikgu MG.

Ringkas konon, Tedi yang berhempas-pulas, siapa yang tahu. Minta pendapat tapi tak nak dengar, itulah perangai mereka ni.

Apa guna Tedi bagi pendapat kalau macam tu? Bila Tedi diam tak nak bagi jawapan, bersungguh minta! Bila Tedi diam, tuduh Tedi tak bersungguhlah, atau Tedi pentingkan diri sebab tak nak ambil tanggungjawab.

Tapi bila Tedi bagi jawapan, bukan nak diikut. Sekadar nak dengar Tedi bersuara je, baik tak payah. Buat sesuatu kena berbincang konon! Boleh jalan.

Tapi tak apalah, Tedi dah biasa dengan mereka, ada ramai di sekeliling Tedi ni.

Astaghfirullah. Apa Tedi melalut ni?

Bukankah ini semuanya ujian Allah yang sesuai dengan keupayaan Tedi?

Atau adakah ini semua kifarah di atas dosa-dosa Tedi?

Terima dan syukur, senyum selalu. Barulah awet muda.

19 Julai 2013

Ulasan

  1. baguih pun beruang comei tedi, pandai bermuhasabah diri.

    nak awet muda lagi? mintak projek banyak2 kat cikgu tu, lagi banyak projek lagi kuat tedi senyum bertambah awet muda tedi hehehehehe :D

    BalasPadam
  2. tedi yang comel dan rajin.. cikgu sayangkan tedi tu.. bos tempat kerja akak dulu pernah berkata, selagi kita diberikan tugasan atau kerja, itu bermakna kita dipercayai dan selalu diperlukan.. jadi jangan pula khianati kepercayaan cikgu..

    BalasPadam
  3. Kak Kenit & Kak Aiza: Tedi setuju, tapi kalau kita x mampu patutnya boleh tolak kan? Kalau byk sgt keje sekolah tp cincai2 je, x guna jugak, kan?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.

Kiriman Berkaitan