Walaupun Tedi sempat tengok sikit2 je, tahniah juga Tedi ucapkan.

Mungkin dah terlambat, tapi Tedi peduli apa. Hehe.

Gambar pasukan Kelantan FA julang Piala FA Malaysia tahun 2013.

Kelantan juara Piala FA 2013.

Mula-mula tahniah kepada Kelantan kerana berjaya membenam Johor Darul Takzim (a.k.a Johor palsu) di Stadium Bukit Jalil pada Sabtu lalu (29 Jun 2013).

Tedi sebenarnya nak sokong JDT, tapi sikap penyokong JDT yang ego menyebabkan Tedi sokong Kelantan. Sebelum ni pun Tedi tak sokong Kelantan kerana sikap penyokong mereka, namun kini mereka macam dah insaf, ye lah, pemain bintang dah tak ramai kan? Kini penyakit itu berjangkit ke penyokong JDT semata-mata kerana ramai pemain bintang di sana. Mungkin cuma segelintir tapi resamlah, "seekor kerbau membawa lumpur, yang lain terpalit sama".

Logo pasukan bola sepak Felda United F.C.
Logo FELDA United
Apa kes Tedi letak logo FELDA United lak ni? Err... suka hati Tedi la... hehehe

Sumber: Felda United Malaysia Super League Watch.

Sedarlah, pemain bintang takkan ke mana jika pengurus sendiri tidak pandai menggunakan mereka. Ini adalah hasil pengalaman Tedi mengurus Felda United selama 8 tahun, hehe. Pemain bintang ni kalau salah diurus, memang hancur kelab.

Sebagai contoh di Liga Perdana Inggeris, Roberto Mancini gagal menandingi Manchester United walaupun ramai bintang dalam pasukannya. Namun dia tetap pengurus yang hebat kerana pemain2 bintangnya itu memang susah nak dikawal.

Manakala , Alex Ferguson pula membeli pemain untuk digilap menjadi bintang. Tiada "individu" di Manchester United FC, semuanya berkaitan pasukan. Tengok saja la bagaimana Beckham, Ronaldo & Tevez disingkirkan kerana kepentingan pasukan. Hasilnya Manchester takkan down kalau seorang dua pemain bintangnya tak dapat bermain.

Maksudnya, bolasepak adalah permainan berpasukan. Kalau Mat Yo skor 8 biji gol pun, tapi bolos 8 gol juga, maka gol itu sia-sia. Jangan nak berlagak sangatlah dengan bintang2 kamu tu. Kalau ada 11 pemain atas padang, tapi cuma 2 orang je yang bakal dapat AUDI, maka 11 orang pun nak sumbat gol, kerana realiti di Malaysia ni, hero adalah penyumbat gol.

Jadi, silalah tukar pengurus anda. Dollah Salleh atau Elavarasannampak macam ok. Susah susah, import pengurus yang ada pengalaman melatih di luar negara. Jangan terkejut kerana ada je bekas pemain Malaysia yang melatih skuad Eropah. Silakan cari sendiri kalau mahu tahu. Tapi pandai-pandai la pujuk sebab mereka sendiri tahu masalah Malaysia ni, gaji & politik. Kalau tak, takkan Johor FC ditelan jadi JDT kan?

JDT ambil Shebby Singh jadi pengurus?

Ada peminat JDT sarankan ambil Shebby Singh sebagai pengurus. Tedi telan air liur je, sebab Tedi rasa dia tu cakap je pandai. Hentam pengurus sana-sini, Tedi pun boleh buat, lagi-lagi lepas permainan tamat. 

Masa dia ambil alih MyTeam dulu, menjunam juga, hehe. Tapi tu dulu la kan, mungkin sekarang dia dah hebat. Mungkin berita macam ni ("Derek Shaw wants controversial Shebby Singh out.") boleh support resume dia?

Gambar pasukan bola sepak Brazil menjulang Piala Konfederasi
http://sport.detik.com/sepakbola

Brazil juara Piala Konfederasi 2013.

Mula-mula Tedi nak tonton perlawanan ni. Dah suruh Master kejutkan dah. Master kalau nak tengok bola mesti tidur depan TV punya, siap dengan semua alarm yang ada.

Tapi tiba-tiba Master tidur kat atas la pulak. Kalau tidur atas katil, mesti susah nak bangun punya. Maka Tedi pun terlepaslah perlawanan ni.

Tapi takperla, tahniah la Brazil menang. Tak pelik pun Brazil menang, tapi kalau sampai belasah Sepanyol 3-0 tu, memang pelik la, hehe.

Cuma Tedi salute Brazil kali ni kerana ramai pemain muda dan baru. Teruskan!

Tahniahlah semua.

"Sebenarnya tadi Tedi nak ucapkan tahniah je, akhirnya termengarut lebih la pulak. Ini bukan blog sukan ye Tedi..."