Nampaknya memang benar ajal maut itu di mana-mana.

Kawan-kawan mesti kenal Singa Allah yang bernama Khalid al-Walid R.A. kan? Beliau begitu cintakan mati syahid namun akhirnya mati di atas katil. Medan perang yang penuh kucar-kacir dan bahaya itu tidak menghadirkan maut yang didamba, sebaliknya katil tidurnya yang aman damai, menyaksikan kematiannya.

Gambar seorang lelaki yang mati dihempap lembu dari bumbung rumahnya
Joao Maria de Souza, 45 tahun mati kerana terlalu lama menunggu rawatan.

Begitu jugalah keadaannya dengan seorang pakcik bernama Joao Maria de Souza yang tinggal di Caratinga, Brazil. Beliau mungkin pernah menyangka dan mendambakan kematian secara aman di atas katil, tapi bukanlah kerana dihempap seekor lembu yang jatuh dari bumbung bilik tidurnya!

Ya, percayalah. Itulah yang terjadi apabila seekor lembu jirannya cuba melarikan diri dengan memanjat bumbung rumahnya. Lembu itu kemudiannya jatuh bersama atap yang bocor dek berat lembu itu. Sang Lembu mendarat di atas pakcik Joao Maria dan mematahkan kakinya. Isterinya yang tidur bersebelahan pula selamat dalam kejadian itu. Lembu itu juga tidak apa-apa (nampaknya lembu itu pandai memilih tempat mendarat!) walaupun jatuh dari ketinggian 8-kaki.

Gambar bumbung asbestos yang pecah dihempap lembu jatuh dari langit
Keadaan bumbung rumah mangsa yang bocor. Tedi panggil bumbung ni bumbung asbestos, ia nipis je, tebal sikit daripada zink, tapi rapuh kerana diperbuat daripada kapur. Popular kerana suhu rumah lebih sejuk berbanding menggunakan atap zink.

Kalau dalam cerita CSI (Crime Scene Investigation) ni, mesti si hero akan mengesyaki ada dalang yang merancang pembunuhan itu dengan menggunakan lembu tersebut.

Pakcik itu kemudiannya di bawa ke hospital, namun akhirnya mati akibat kehilangan darah dek terlalu lama menunggu untuk menerima rawatan.

"Bukan lembu itu yang membunuh Joao Maria, tetapi dia mati akibat terlalu lama menunggu untuk dirawat" - Carlos Correa, adik ipar mangsa.

Pemilik lembu itu mungkin akan didakwa membunuh tanpa niat.

Kiriman interpretZZ ini adalah berdasarkan berita bertajuk "Brazilian man dies after cow falls through his roof on top of him"

27 Julai 2013, 20130727