Isteri para tentera mendakwa ia menjadi punca kepada masalah perkahwinan mereka

Majalah lucah dijual di Navy Exchange Store secara berleluasa.

  • Kisah ini berlaku di Amerika Syarikat, di mana sebuah kumpulan anti-lucah, Morality in Media telah menggesa (bukan memaksa ala-ala persatuan bas ekspress di Malaysia) Pentagon untuk menghapuskan bahan lucah di semua pangkalan tentera Amerika Syarikat.
  • Kumpulan yang mengendalikan laman web Porn Harms itu menyatakan bahawa mereka menerima aduan daripada isteri para tentera mengenai ketagihan suami mereka kepada bahan-bahan lucah sekembalinya mereka daripada pangkalan tentera masing-masing.

Laman web Porn Harms dikendalikan oleh pertubuhan Morality in Media menentang  bahan lucah tak berlesen. Huk aloh, tentang je lah semua. Apa nak ikut lesen lak ni?

  • Menjual bahan dengan kandungan seks melampau di pangkalan tentera adalah melanggar undang-undang di bawah Military Honor and Decency Act, 1996.
  • Isu ini berjaya dibangkitkan oleh Morality of Media di sesi pendengaran oleh jawatankuasa Armed Services Committee melalui senator Alabama, encik Jeff Sessions.
  • Encik Sessions telah mempamerkan gambar deretan majalah-majalah lucah di Lackland Air Force Base di Texas, di mana 40 jurulatih telah dituduh (sebilangan besar disabitkan bersalah) mempunyai hubungan seks dengan pelatih wanita.
  • Jawatankuasa itu akhirnya mengusulkan laporan untuk diterbitkan pada bulan Jun dalam Department of Defense Appropriations Bill 2014 yang mengarahkan semua pegawai tentera memastikan pangkalan tentera mereka bersih daripada sebarang majalah lucah.
  • Senat memberi Pentagon 180 hari untuk mula mengkaji polisi itu.

Komen Tedi:

  • Malaysia pula seharusnya menghapuskan laman web lucah, tak kiralah buat macam mana pun asalkan kaum manusia di Malaysia ni tak dapat akses. Kalau takleh buat, kira tak hebat mana la kakitangan2 yang bekerja dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia tu. Hehehe.
  • Omputeh pun sedar keburukan bahan-bahan lucah ni, walaupun sedikit la.
  • Carilah yang halal dan elakkan yang haram.


Sumber:


20130703