Pelik tak kalau seekor beruang boleh sebak tonton cerita Spider-Man?

movieguy247.com: Spider-Man 2 review.

Sebagai seekor beruang yang ganas walaupun ramai kata Tedi cute, amat sukar untuk seekor Tedi berasa sebak, apatah lagi dengan hanya menonton filem!

Lainlah macam Mommy yang boleh menangis disebabkan sebuah novel. Novel apa tajuknya, tiada la pula Tedi tau.

Tedi rasa ini kali kedua Tedi tonton filem Spider-Man 2 ni & tak sangka Tedi masih sebak apabila menonton satu babak dalam filem ni.

Bila difikirkan, babak ni nampak biasa-biasa sahaja. Ia bukanlah babak sedih. Malahan tatkala Tedi mencoret catatan ini, Tedi tiada ayat yang sesuai untuk menerangkan sebab-musabab babak itu berjaya membuat Tedi sebak.

Babak apakah dalam filem Spider-Man 2 yang boleh sebabkan Tedi sebak?

Babak Spider-Man disambut oleh orang ramai ketika dia dalam keadaan lemah & hampir jatuh daripada keretapi.
...
Spider-Man berusaha keras hentikan keretapi sambil diperhatikan penumpang di belakangnya.
The Drive-In Of Doom! Spider-Man 2

...
Pete Parker atau Spider-Man pengsan dan hampir jatuh daripada keretapi. Para penumpang segera menyambutnya.
Movie Review: Spider-Man 2 (2004)
Biasa je kan babak ni?

Tidak bagi Tedi. Ketika inilah jauh di sudut hati Tedi terdetik sekuat mana pun seseorang, akan tiba masanya dia perlukan bantuan orang lain. Tedi sebak sebab Spider-Man yang selalu membantu orang lain, sehingga dia keliru kerana tiada masa buat dirinya, akhirnya menerima bantuan tatkala dia benar-benar lemah.

Seorang hero juga adakalanya perlukan bantuan.
Seorang hero juga biasanya akan "disambut" ketika memerlukan.

Babak seterusnya pula menunjukkan seorang penumpang terkejut apabila melihat rupa-rupanya hanya seorang budak yang membantu mereka selama ini di sebalik topeng Spider-Man.

Tedi berasa mesejnya sampai kepada Tedi, iaitu semua pemuda Amerika Syarikat harus bangkit, masa muda mereka tidak bermakna mereka tidak boleh berbuat apa-apa kepada masyarakat. Pemuda Amerika Syarikat harus bangkit mencontohi Spider-Man.

Spider-Man memang seekor hero! Eh, seorang hero?


Tedi bukanlah minat kisah superhero, tapi Spider-Man memang boleh dijadikan hero. Dia seorang pemuda miskin, bekerja sambilan untuk menyara kehidupannya. Cuma dia bijak dalam sains, namun ditunjukkan dia bijak kerana suka mendampingi mereka yang bijak2, maksudnya dia suka merebut ilmu.

Dia terpaksa memilih di antara kehidupan normal & hidup sebagai seekor Spider-Man. Dia membantu menyelesaikan kes-kes yang biasa-biasa sahaja, namun kebetulan banyak pula musuh yang luarbiasa.

Dia melakukan kesalahan, namun dia bernasib baik kerana punyai keluarga yang membentuk peribadinya & membantu dia kembali ke pangkal jalan. Semua orang boleh jadi hero kalau punyai sokongan sebegitu.

Tedi suka Spider-Man kerana dia seekor hero yang biasa2 sahaja.

Itik pun suka Spider-Man, siap tolong halang van lagi tu...
Spider-Man 2 - Train Scene Re-Enacted