Menurut kajian yang telah Tedi jalankan dan laporkan kepada Master sebelum ini, Proton Saga BLM 1.3M Mid-line boleh mencapai 320 kilometer dalam 3 bar pertama.


Kalau kawan2 tak faham apa yang Tedi maksudkan, boleh rujuk laporan Tedi yang bertajuk "Estimate jarak (kilometer) sebuah Proton Saga BLM 1.3M Midline boleh pergi untuk 3 bar pertama"

Mengikut kajian itu, kereta Mommy boleh pergi sejauh 320 kilometer dengan kelajuan 100kmj-120kmj.

Namun, minggu lepas Master telah memecut dengan purata 120kmj-140kmj. Kesannya penggunaan petrol meningkat. Jika sebelum ini boleh pergi 320km, sekarang hanya 220 kilometer - 270 kilometer sahaja.

Ini bermakna pengurangan jarak daripada 50 kilometer sehingga 100 kilometer. Trend ini dijangka akan berterusan pada minggu ini memandangkan Tedi ada perbincangan berkumpulan sepanjang minggu ini.


Projek HUR telah bermula, diskusi pun bermula, sibuk sepanjang minggu.

Lupakanlah tentang kajian itu. Insya-Allah jika ada rezeki lebih, penggunaan petrol itu dapat dijimatkan.

Laman web: fuelly.com rekod penggunaan bahan api kenderaan.


Hari ini bermula Projek H, memerlukan tumpuan lebih daripada Tedi, bermakna semakin jarang peluang Tedi mengikuti perkembangan kawan2 Tedi. Semoga mereka dalam keadaan aman.

Langkah awal untuk menyiapkan Projek H adalah melalui perbincangan berkumpulan. Hari ini kami bincangkan 1 bab. Minggu ini mungkin 4 bab dapat dihabiskan.


Team Projek CAD mahu bubarkan kumpulan.

Sementara itu ahli kumpulan Projek CAD minta Tedi luangkan masa untuk kompil projek kami dan bubarkan kumpulan. Maaflah kawan, Tedi tak menang tangan.


Diminta cadangkan paradigma baru untuk ISI

Semasa Tedi dan kawan2 Projek HUR membincangkan isi2 yang berkaitan, dalam senyap2 ada yang meminta Tedi mengkaji ISI dan mencadangkan projek yang sesuai untuknya. 
ISI adalah 1 teorem yang sedang digunapakai di salah sebuah kelas di sekolah Tedi.
Tedi minta dia sediakan case study, harap2 dia tak sediakan sebab Tedi memang tak menang tangan!


Kubis masih tak bertunas.

Kubis yang dah 2 hari Tedi semai masih tak bertunas. Harap2 esok ia bertunas, kalau tak, lusa. Kalau tak jugak, tulat ... Ya Allah, sejukkanlah tangan Tedi ini supaya apa yang Tedi tanam akan hidup subur dan menyejukkan alam sekitar.

Selamat malam diariku, si interpretZZ... tiba masa untuk Tedi tidur.



--- Muhasabah Tedi ---
Antara Rupa dan Hati
--------------------------
Daripada Abu Hurairah radhiallahu anha, Nabi sollallahu a'laihi wassalam bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad atau rupa bentuk kamu, tetapi Allah melihat kepada hati kamu."
--------------------------
(Riwayat Muslim)
--- Muhasabah Tedi ---

20130611