بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


 

Faedah mempunyai haiwan perliharaan.

gambar budak perempuan bersama Teddy Bear
Gembira je mereka dengan haiwan perliharaan masing-masing.
Forward to the Past
 

Pemilik haiwan perliharaan seharusnya bersyukur kerana hobi itu ternyata mempunyai faedah kepada kesihatan mereka.

Kajian dan data oleh American Heart Associations menunjukkan bahawa pemilik haiwan perliharaan berkecenderungan untuk:

  • kurang risiko darah tinggi, 
  • kurang kolesterol, 
  • kurang masalah kardiovaskular.
  • kurang tekanan perasaan. 

 

Sentuhan itu penting

gambar dua ekor beruang kutub sedang saling memeluk, salji.
Belaian meredakan tekanan perasaan berbanding hanya berbual
Today is hug a bear day

Kajian oleh University of South Carolina menunjukkan bahawa mereka yang membelai haiwan perliharaan lebih kurang risiko darah tinggi berbanding mereka yang hanya berbual dengan haiwan perliharaan mereka. Sentuhan memainkan peranan yang penting di sini.

Kajian oleh Doktor Adnan Qureshi dari University of Minnesota Stroke Institute pula menunjukkan bahawa mereka yang pelihara haiwan mempunyai 30% lebih peluang untuk selamat daripada serangan jantung.

Ini adalah kerana haiwan perliharaan mereka akan membantu mereka meredakan tekanan di samping membina gaya hidup sihat.

 

Tedi bela apa?

Cukuplah Tedi bela pokok-pokok Tedi di rumah tu. Hehe. Itupun hidup segan mati tak mahu dah tu.

Sumber: Walk the dog, pet the cat — it's good for your heart | CBC News


~20130618~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih